Kamis, 25 November 2010

Adab Mendengar Azan



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Coba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati  azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.


Mengapa ketika azan kita disarankan berdiam diri?
Lantas siapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang
mana siapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia,  lancarkan lidah kami  mengucap
kalimah "Lailahaillallah. .." semasa sakaratul  maut
menghampiri  kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.  


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.  


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.  


Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai
yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.

Wallahu a'lam  bishawwab

NASEHAT AHLI BIJAK

 ULAMA BIJAK BERKATA :

1. Barangsiapa tidak takut kepada Allah , niscaya dia tidak akan selamat dari kesalahan berbicara.
2. Barangsiapa tidak takut akan pertemuannya dengan Allah , niscaya hatinya tidak akan selamat dari barang haram dan syubhat
3. Barangsiapa tidak memutuskan pengharapannya kepada orang lain , niscaya dia tidak akan selamat dari sifat tamak.
4. Barangsiapa tidak memelihara amalnya, niscaya ia tidak bisa selamat dari sifat riya'

5. Barangsiapa tidak memohon pertolongan kepada Allah agar dijaga hatinya, niscaya ia tidak akan selamat dari penyakit hasud.
6. Barangsiapa tidak melihat kepada orang yang lebih utama daripada dia dalam ilmu dan amalnya , niscaya ia tidak akan bisa selamat dari sifat ujub.

Hasan Basri ra berkata : "KERUSAKAN HATI MANUSIA itu disebabkan oleh enam faktor, yaitu :
1. Sengaja berbuat dosa dengan harapan nanti dosanya diampuni;
2. Memiliki ilmu tapi tidak diamalkannya;
3. Apabila beramal tidak ikhlas
4. Memakan rezeki Allah tapi tidak pernah bersyukur
5. Tidak ridha dengan pemberian Allah
6. Sering mengubur orang mati, namun tidak mau mengambil pelajaran dari kematian tersebut

ENAM TANDA TOBAT DITERIMA .
Seorang ahli bijak pernah ditanya :"Jika ada seorang hamba bertobat, apakah dia bisa mengetahui tobatnya diterima atau tidak? " . Dia menjawab ; "Aku tidak bisa menghukuminya ,hanya saja tobat yang diterima itu memiliki tanda-tanda yaitu:
1. Tidak merasa dirinya terpelihara dari kemaksiatan.
2. Hatinya melihat bahwa kegembiraan itu jauh, sedang kesedihan itu dekat.
3. Senang berdekatan dengan orang-orang yang berbuat baik, sekaligus menjauhi orang-orang yang berbuat buruk.
4. Memandang hartanya yang sedikit terasa banyak dan memandang amal akhiratnya yang banyak terasa sedikit
5. Sibuk dengan ketaatan kepada Allah dan tidak menyibukkan diri dalam mengais rezeki yang telah dijamin Allah
6. Selalu memelihara lisannya , sering bertafakur serta mencemaskan dan menyesali dosa yang pernah dikerjakannya.

ENAM TIPUAN DALAM LAMUNAN
Yahya bin Muadz berkata : Menurutku tipuan yang paling besar dalam mengharapkan datangnya Rahmat Allah adalah :
1. Senantiasa berbuat dosa dengan harapan dosanya diampuni Allah tanpa disertai penyesalan.
2. Merasa dekat dengan Allah tanpa ada Usaha beribadah dan Taat kepadanya.
3. Menanti kenikmatan surga dengan menabur benih-benih siksa neraka.
4. Mencari tempat kembali orang yang taat ( yaitu surga) dengan melakukan kemaksiatan.
5. Menanti pahala tanpa beramal.
6. Mengharapkan Rahmat Allah dengan melakukan perbuatan yang melampaui batas

"SESUNGGUHNYA KALIAN HANYA DIBERI BALASAN MENURUT AMAL YANG KALIAN KERJAKAN " (Qs At-thurr: 16 dan Qs At-tahriim :7)

(sumber : Imam Nawawi Al-Bantani " Nashaihul Ibad, nasehat-nasehat untuk para hamba menjadi santun dan bijak ")

(Seri Sirrul Asrar)...21.

PENGASINGAN DIRI DARI DUNIA DENGAN MEMASUKI KHALWAT DAN SULUK


Khalwat dan suluk harus dilihat secara zahir dan batin. Khalwat zahir ialah apabila seseorang mengambil keputusan untuk memisahkan dirinya daripada dunia, memencilkan dirinya di dalam satu ruang yang terpisah daripada orang ramai supaya manusia dan makhluk di dalam dunia selamat daripada kelakuan dan kewujudannya yang tidak diingini. Dia juga berharap agar dengan berbuat demikian sumber kepada kewujudan yang tidak diingini, egonya dan hawa nafsu badannya akan terpisah daripada bekalan hariannya dan terhenti juga segala yang memuaskan dan mengenyangkannya. Seterusnya dia berharap pengasingan itu akan mendidik egonya dan seleranya, memberi peluang kepada perkembangan diri rohaninya.

Bila seseorang memutuskan demikian niatnya mestilah ikhlas. Dalam satu segi dia seumpama meletakkan dirinya di dalam kubur, dalam keadaan mati, mengharapkan semata-mata keredaan Allah, berhasrat dalam hatinya melahirkan yang asli dan beriman, yang boleh lahir daripada kewujudannya yang hina ini. Nabi s.a.w bersabda, "Yang beriman adalah yang orang lain selamat daripada tangan dan lidahnya".

Dia mengikat lidahnya dari berkata yang sia-sia kerana Nabi s.a.w bersabda, "Keselamatan manusia datang dari lidah dan kebinasaannya juga dari lidah". Dia menutupkan matanya daripada yang diharamkan agar pandangannya yang khianat dan menipu daya tidak jatuh ke atas apa yang dimiliki oleh orang lain. Dia menutup telinganya dari mendengar pembohongan dan kejahatan, dan mengikat kakinya, membelenggunya dari pergi kepada dosa.

Nabi s.a.w bersabda menceritakan setiap anggota badan boleh melakukan dosa sendirian, "Mata boleh berzina". Bila salah satu daripada pancaindera berdosa satu makhluk hitam yang hodoh diciptakan daripadanya dan pada hari pembalasan ia menjadi saksi terhadap dosa yang kamu lakukan. Kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.

Tuhan memuji orang yang menghindarkan dirinya daripada kesalahan kerana yang demikian merupakan penyesalan yang sebenar, taubat yang kuat.
"Adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya, dan menegah diri daripada hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurga itu tempat kembalinya". (Surah an-Naazi'aat, ayat 40 & 41).

Orang yang takutkan Tuhannya dan bertaubat, mengeluarkan kewujudannya yang hina daripada yang beriman dan mengeluarkan keburukannya daripada imannya, ditukarkan di dalam khalwatnya, sehingga jadilah ia jejaka tampan. Kewujudan yang elok ini menjadi khadam kepada penghuni syurga.

Mengasingkan diri adalah benteng menghalang musuh bagi dosa diri sendiri dan kesalahan. Di dalamnya, sendirian, seseorang terpelihara di dalam kesucian. Firman Allah:
"Barangsiapa percaya akan pertemuan Tuhannya hendaklah ia kerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan seseorang jua dalam ibadat kepada Tuhannya". (Surah al-Kahfi, ayat 110).

Semua yang diceritakan hingga kini adalah maksud bagi suasana khalwat zahir. Maksud khalwat batin pula ialah mengeluarkan dari hati walaupun hanya memikirkan hal keduniaan, kejahatan dan ego, meninggalkan makan, minum. Harta, keluarga, isteri, anak-anak dan perhatian serta kasih sayang semuanya.

Anggapan orang lain melihat atau mendengar tentangnya jangan masuk kepada khalwat ini. Nabi s.a.w bersabda, "Kebesaran dan apa yang diburunya adalah bala, dan melarikan diri daripada kebesaran dan mengharapkan pujian orang dan apa yang dibawanya adalah keselamatan.". Orang yang bercadang memasuki khalwat batin mestilah menutupi hatinya daripada kemegahan, sombong, takabur, marah, dengki, khianat dan yang seumpamanya. Jika sebarang perasaan yang demikian masuk kepadanya di dalam khalwatnya hatinya menjadi terikat. Ia tidak lagi terlepas daripada dunia dan khalwat demikian tidak berguna. Sekali kekotoran memasuki hati ia kehilangan kesuciannya dan semua kebaikan terbatal.
"Apa yang kamu bawa itu sihir, sesungguhnya Allah akan membatalkannya (kerana) Allah itu tidak membaguskan amal orang-orang yang berbuat bencana". (Surah Yunus, ayat 81).

Walaupun perbuatan seseorang itu kelihatan bagus pada pandangan orang lain, bila sifat-sifat buruk memasukinya, orang itu dianggap berlaku khianat dan menipu dirinya sendiri dan juga orang lain. Nabi s.a.w bersabda, "Sombong dan takabur mencemarkan iman. Fitnah dan umpatan lebih buruk dari dosa zina". Juga, "Sebagaimana api membakar kayu dendam membakar dan menghapuskan perbuatan baik seseorang". Juga, "Fitnah itu tidur, laknati ke atas siapa yang mengejutkannya". Juga, "Orang yang bakhil tidak masuk syurga walaupun dia habiskan umurnya dengan ibadat". Juga, "Kepura-puraan adalah bentuk sembunyi mengadakan sekutu bagi Tuhan". Juga, "Syurga menolak orang yang menolak orang lain".

Banyak lagi tanda-tanda sifat buruk yang dikutuk oleh Rasulullah s.a.w. Apa yang dinyatakan sudah memadai untuk menunjukkan kepada kita bahawa dunia ini adalah tempat yang memerlukan berterusan di dalam berhati-hati dan berwaspada, perlu berjalan melaluinya dengan penuh cermat dan perhatian. Matlamat pertama jalan kerohanian ialah menyucikan hati dan langkah untuk memperolehinya ialah membenteras keegoan dan keinginan hawa nafsu. Di dalam khalwat, dengan berdiam diri, bertafakur dan berzikir terus menerus, ego seseorang diperbaiki. Kemudian Allah Yang Maha Tinggi menjadikan hati seseorang itu bercahaya.

Tiada yang dilakukan di dalam khalwat secara perbuatan sendiri. Apa yang perlu ialah cinta, ikhlas dan keyakinan yang sebenar. Cara ini bukan cara orang tersebut sendiri. Dia menuruti cara para sahabat Rasulullah s.a.w, cara orang-orang yang mengikuti mereka dan cara orang yang mengetahui cara mereka dan mengikutinya.

Bila orang yang yakin berada pada jalan ini menurut jalan taubat, ilham dan menyucikan hatinya, Allah mencabut dari hatinya dan dirinya segala yang merosakkan dan yang keji dan melindunginya agar dia tidak kembali kepadanya. Wajahnya akan menjadi cantik; perasaannya, samada dipendamkan atau dizahirkan, menjadi tulen. Apa sahaja yang dia lakukan dilakukannya dengan cara yang terpuji kerana dia berada di dalam kehadiran Ilahi. "Allah mendengar orang yang memuji-Nya". Jadi, Allah menjaganya. Allah menerima doanya, kerinduannya dan puji-pujiannya dan mengabulkan segala keinginannya.
"Barangsiapa mahukan kemuliaan maka bagi Allah jualah semua kemuliaan. Kepada-Nya naik perkataan yang baik, amal yang salih itu Dia angkat". (Surah Fatir, ayat 10).

Perkataan yang baik menyelamatkan lidah daripada perkataan yang sia-sia. Lidah adalah alat yang baik untuk memuji Tuhan, mengulangi nama-nama-Nya yang indah, memperakui keesaan-Nya. Allah memberi amaran terhadap perkataan yang sia-sia:
"Tidak sekali-kali! Sesungguhnya yang demikian perkataan yang ia ucapkan padahal di belakang mereka satu dinding hingga hari mereka dibangkitkan (mereka tidak benar dalam perkataan mereka)". (Surah Mukminuun, ayat 100).

Allah mengurniakan keampunan-Nya, kasihan belas-Nya kepada orang yang belajar dan mengamalkannya dengan niat yang baik. Dia membawanya hampir dengan membawanya kepada darjat yang lebih tinggi. Dia reda kepadanya, Dia maafkan kesalahannya.

Bila seseorang telah dinaikkan kepada darjat itu hatinya menjadi seperti laut. Bentuk dan warna laut itu tidak berubah kerana sedikit Kekejaman dan penganiayaan yang orang ramai Buangkan kepadanya. Nabi s.a.w bersabda, "Jadilah seperti laut yang tidak berubah, tetapi di dalamnya tentera gelap (ego) kamu akan lemas", seperti Firaun lemas di dalam Laut Merah. Dalam lautan itu kapal agama timbul dengan selamat dan sejahtera, ia berlayar di dalam lautan yang luas itu. Roh orang yang di dalam khalwat terjun ke dasarnya untuk mendapatkan mutiara kebenaran, membawa ke permukaan mutiara kebijaksanaan (makrifat) dari batu karang budi pekerti dan menyebarkannya ke tempat yang jauh. Firman Allah:
"Keluar daripadanya mutiara dan marjan (batu karang)". (Surah ar-Rahmaan, ayat 22).

Untuk memelihara lautan tersebut zahir kamu mestilah sama dengan batin kamu, diri kamu mestilah sama dengan apa yang kelihatan pada diri kamu. Suasana zahir dan suasana batin kamu mestilah satu. Bila ini terjadi, tiada lagi penipuan, hasutan atau kekacauan di dalam laut hati kamu. Tiada ribut nakal yang boleh memabukkan di dalam lautan yang tenang itu. Orang yang memperolehi suasana tersebut berada di dalam keadaan taubat sepenuhnya; ilmunya luas dan bermanfaat, perbuatannya semuanya adalah khidmat untuk orang lain, hatinya tidak mengalir kepada kejahatan. Jika dia tersilap atau lupa dia dimaafkan kerana dia ingat bila dia lupa dan bertaubat bila dia bersalah. Dia berada dalam kehampiran dengan Allah dan dirinya sendiri.

<<<<< DOSA - DOSA YANG DIREMEHKAN >>>>>

 

I. MUKADIMAH
 Allah telah menentukan kewajiban-kewajiban yang tidak boleh diabaikan, menetapkan batasan2 yang tidak boleh dilanggar, dan mengharamkan beberapa hal  yang juga tidak boleh diterjang.
Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apa yang dihalalkan Allah dalam kitab-Nya adalah halal, dan apa yang diharamkan-Nya adalah haram, sementara yang didiamkan dimaafkan, maka terimalah permaafan dari Allah itu. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa".
Hal-hal yang diharamkan itu adalah hudud  (larangan2) yang telah ditetapkan Allah 'Azza Wa Jalla.
"Itulah larangan2 Allah, maka janganlah kamu mendekatinya"  ( QS Al-Baqarah/2; 187 ).

Sementara Allah juga mengancam siapa saja yang melanggar larangan-Nya dan menerjang hal2 yang diharamkan-Nya.
Firman Allah SWT :
"Dan, barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka, sedang ia kekal di dalamnya dan baginya siksa yang menghinakan " 
 ( QS An-Nissa' ayat 14 ).
Berdasarkan pernyataan nabi SAW berikut, menjauhi hal2 yang diharamkan adalah wajib :
"(Terhadap) apa yang telah ku larang atasmu darimu maka jauhilah, dan (terhadap) yang ku perintahkan maka kerjakanlah semampumu   ( HR Muslim).
     
      Dari peristiwa-peristiwa yang terjadi di sekitar  kita, tampak bahwa sebagian pengikut nafsu adalah orang2 yang jiwanya lemah dan yang berpengetahuan sempit. Bila mendengar hal2 yang haram secara berulang-ulang dia mengeluh dan menggerutu seraya mengatakan : "Apa saja haram Engkau tidak meninggalkan sesuatu kecuali yang engkau haramkan buat kami. Engkau buat hidup kami terasa membosankan. Engkau buat hidup kami terasa sumpek. Engkau menyesakkan dada kami. Yang ada padamu hanya haram dan pengharaman. Padahal, agama adalah mudah dan permasalahannya luas. Allah juga maha pengampun lagi penyayang".
Untuk mendebat balik mereka, dapat dikatakan :
"Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla menetapkan hukum apa saja yang Dia kehendaki tanpa seorang pun dapat membatalkan ketetapan-ketetapan-Nya. Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Hukum2 Allah ini adalah hasil olahan pengetahuan, hikmah dan keadilan-Nya, bukannya lelucon atau sekedar main-main saja. Firman Allah SWT :" Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur'an), sebagai kalimat yang benar dan adil. idaak ada yang dapat menambah- nambah kalimat-kalimat-Nya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" ( QS Al-An'am ayat  115 )

II.DOSA-DOSA YANG DIREMEHKAN

1. Syirik Kepada Allah
      Secara mutlak, syirik kepada Allah tergolong hal2 haram yang paling besar. Ini didasarkan pada hadits Abi Bakrah berikut. Rasulullah SAW bersabda :
"Maukah aku kabarkan kepada kalian dosa yang paling besar" (3 kali). Kami menjawab : "Ya Rasulullah "
Beliau bersabda : "Menyekutukan Allah". (Muttafaq Alaih)

 Setiap dosa sangat mungkin diampuni Allah kecuali Syirik. Karenanya harus ditempuh dengan taubat yang khusus pula. 
  Firman Allah : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni  dosa yang selain (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakinya"   ( QS  An-Nissa'/4: 48) 
Menyekutukan Allah adalah sebesar-besarnya jalan untuk keluar dari agama Islam. Orang yang mengerjakannya akan kekal di neraka, bila mati tetap dalam keadaan demikian.

 1.1. Menyembah Kuburan dan Ilmu Sihir
      Ada kepercayaan bahwa para wali yang telah mai mampu memenuhi hajat, membantu memperlonggar kesempitan2 dan tempat memohon pertolongan
 Padahal Allah berfirman :
 "Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kalian jangan menyembah selain Dia"  ( QS  Al-Isra' ayat  23 ).
 Begitu pula dengan doa kepada para Nabi dan orang shalih atau lainnya yang telah mati  untuk diminta pertolongan, atau agar terbebas dari segala bentuk kesulitan.
 Allah berfirman : "Atau siapakah yang memperkenankan  (doa) orang yang dalam kesulitan apabila engkau (manusia) sebagai khalifah ddi bumi ? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain) " (QS   An-Nam/27: 62 ).

      Sebagian di antara mereka ada yng menggunakan sebutan  nama syaikh atau wali tertentu sebagai adat dan kebiasaannya, yang diucapkan ketika berdiri, duduk dan ketika kakinya terantuk batu, begitu pula ketika setiap kali tertimpa kesulitan.
Allah berfirman : "Sesungguhnya berhala2 yang kalian seru selain Allah itu adalah makhluk (yang lemah) yang serupa juga dengan kalian"  (Al-A'raf/7:194).
Diantara fenomena2 syirik yang terbesar adalah menyembelih hewan untuk selain Allah. Fiemn-Nya :
"Maka dirikanlah Shalat karena Rabbmu dan berkurbanlah" (Al-Kautsar/108:2).
dan juga diantara macam2 syirik yang merebak di masyarakat adalah sihir, perdukunan dan ramalan.
Sihir merupakan kekufuran, yang sekaligus tergolong 7 dosa besar yang menghancurkan sangat membahayakan dan sekali-kali tak memberikan manfaat. Firman Allah tentang hakikat mempelajari sihir :
"Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat"
(Al-Baqarah/2:102).
"Dan tidak akan menang tukang sihir itu dan dari mana saja ia datang " (Thaha/26:69).
Orang yang berkutat dalam sihir adalah kafir. Firman Allah :
"Padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan2 itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengerjakan sihir kepada manusia dan apa yang diturnkan kepada 2 orang malaikat  di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, 'sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir'" (Al-Baqarah / 2:102)

      Lainnya halnya dengan seorang dukun atau peramal. Mereka adalah kafir kepada Allah, sebab mereka membuat mengetahui hal2 yang ghaib, padahal satu2nya yang mengetahui keghaiban hanyalah  Allah.
Sabda Rasulullah SAW :
"Barang siapa mendatangi seorang dukun atau peramal kemudian mempercayai apa yang dia katakan, maka dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan Allah kepada Muhammad ( HR. Ahmad )

1.2. Percaya Kepada Pengaruh Perbintangan dalam Kejadian2 dan Kehidupan Manusia
      Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanni, dia berkata :
"Rasulullah SAW telah menunaikan shalat subuh untuk kami di Hudaibiyyah. Pada waktu itu ada semburat langit di ujung malam. Seusai sholat Beliau berbalik menghadap orang2 seraya bersabda :
"Apakah kalian mengetahui apa yang dikatakan Rabb kalian ?" . Mereka menjawab : "Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui". Nabi bersabda : "Di antara hamba2ku ada yang beriman dan kufur kepadaku. Orang yang mengatakan 'kami diberi hujan karena karunia dan rahmat Allah' berarti dia beriman kepadaku dan kufur pada (ramalan) planet.
Sedangkan yang mengatakan "bintang ini dan itu' maka dia kufur kepadaku dan percaya kepada (ramalan) planet".
 (HR. Bukhari ).
"Barang siapa mendatangi seorang perasal kemduian menanyakan sesuatu kepadanya, maka shalatnya tidak diterima selama 40 malam  (  HR. Muslim ).
Tapi dia tetap wajib mendirikan shalat selama itu, dan masih disertai keharusan bertobat
      Yang juga termasuk dalam katagori ini adalah bergantung kepada ramala nasib di berbagai surat kabar dan majalah. Barang siapa mempercayai pengaruh ramalan perbintangan dan astronomi yang termuat itu, maka dia seorang musyrik. Jika hanya sekedar membacanya hanya sekedar untuk menghibur diri, berarti dia seorang pelaku kemaksiatan yang berhak mendapat dosa. Sebab, tidak boleh menghibur diri dengan membaca sesuatu yang bermuatan syirik.
Hal ini dilihat dari sisi keyakinan yang telah ditanamkan setan pada jiwanya, yang sangat mungkin menjadi sarana untuk syirik

~ BERDOA DENGAN Al-ASMA’UL HUSNA ~


Rasulullah SAW bersabda : “ ALLAH MEMILIKI 99 NAMA YANG BARANGSIAPA MENGHAFALNYA,
BERDOA DENGANNYA , DAN MENGAMALKAN MAKSUDNYA, IA PASTI AKAN MASUK SURGA.
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU GANJIL DAN MENYUKAI HAL YANG GANJIL (HR Bukhari dan Muslim , dari Abu Hurairah ) ;


1. YA A ALLAAHU ANTA RABBUNA LAA ILAAHA ILLA ANTA :
Ya Allah , engkau Tuhan Kami, Tiada Tuhan Yang berhak disembah/ dipertuhan kecuali Engkau


2. YAARAHMAANU NARJUU RAHMATAKA ;
Ya Tuhan Yang Maha Pemurah lagi pengasih, kami mengharap Murah-Mu dan Kasih Sayang-MU


3. YAA RAHIMU IRHAMNAA;
YA Tuhan Yang Maha Penyayang , kasih sayangilah kami / rahimilah kami.


4. YAA MAALIKU MULKI A’THIINAA MIN MULKIKA
Ya Tuhan Yang Maha Raja ( mempunyai kekuasaan), berikanlah kepada kami dari kekuasaan-MU


5. YAA QUDDUUSU QADDIS FITRATANA
Ya Tuhan Yang Maha suci sucikanlah fitrah kejadian kami


6. YAA SALAAMU SALLIMNAA MIN AAFAATID DUN-YAA WA’ADZAABIL AAKHIRAH
Ya Tuhan pemberi selamat , selamatkanlah kami dari fitnah / bencana dunia dan siksa diakhirat


7. YAA MU’MINU AAMINNAA WA AAMIN AHLANAA WABALADANAA
Ya Tuhan Yang memberi keamanan, berikanlah kami keamanan, amankan keluarga kami dan amankan negeri kami


8. YAA MUHAIMINU HAIMIN ‘AURAATINAA WA AJSAADANAA
Ya Tuhan Yang Maha melindungi , lindungilah cacat dan jasad kami


9. YAA ‘AZIIZU ‘AZZIZNAA BIL’ILMI WALKARAAMAH
Ya Tuhan Yang Maha Mulia , muliakanlah kami dengan ilmu pengetahuan dan kemuliaan / karamah


10. YAA JABBAARU HAB LANAA MIN JABARUUTIKA
Ya Tuhan Yang Maha Perkasa , berikanlah kepada kami dari keperkasaan-MU


11. YAA MUTAKABBIRU BI FADHLIKA IJ’ALNAA KUBARAA
Ya Tuhan Yang Maha megah/ Besar , Dengan anugrah-MU , jadikanlah kami orang yang Megah/ Berjiwa besar.


12. YAA KHAALIQU HASSIN KHALQANAA WAHASSIN KHULUQANAA
Ya Tuhan Yang Maha Mencipta / menjadikan, baguskanlah kejadian kami dan baguskanlah akhlak kami


13. YAA BAARI’U ABRI’NAA MINASY SYIRKI WALMARADHI WALFITNATI
Yaa Tuhan Yang Maha Membebaskan , bebaskan kami dari syirik , penyakit dan fitnah


14. YAA MUSHAWWIRU SHAWWIRNAA ILAA AHSANIL KHALQI WALHAALI
Ya Tuhan Yang Maha Membentuk , bentuklah kami menjadi sebaik-baik makhluk dan sebaik-baik keadaan.


15. YAA GHAFFAARU IGHFIR LANAA DZUNUUBANAA
Ya Tuhan Yang Maha Pengampun , ampunilah dosa-dosa kami.


16. YAA QAHHAARU IQHAR ‘ADUWWANAA ILAL ISTISLAAMI
Ya Tuhan Yang Maha Memaksa , paksalah musuh kami untuk tunduk dan menyerah.


17. YAA WAHHAABU HAB LANAA DZURRIYATAN THAYYIBAH.
Ya Tuhan Yang Maha Memberi , berikanlah kepada kami anak keturunan yang baik-baik




18. YAA RAZAAQU URZUQNAA HALAALAN THAYYIBAN WAASI’AA
Ya Allah Yang Maha Memberi rezeki , berikan kami rezeki yang halal, bergizi, dan banyak/ luas.


19. YAA FATTAHU IFTAH LANAA ABWAABAL KHAAIRI
Ya Tuhan Yang Maha Membuka, bukakanlah buat kami semua pintu kebaikan.


20. YAA ‘ALIIMU A’LIMNAA MAA LAA NA’LAM
Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui , beritahukan kepada kami apa yang kami tidak mengetahuinya.


21. YAA QAABIDHU IDZAA JAA-A AJALUNAA FAQBIDH RUUHANAA FII HUSNIL KHATIMAH
Ya Tuhan Yang Maha Mencabut , jika telah sampai ajal kami , cabutlah roh kami dalam keadaan husnul khatimah


22. YAA BAASITHU UBSUTH YADAAKA ‘ALAINA A BIL ‘ATHIYYAH
Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan , luaskanlah kekuasaan-Mu kepada kami dengan penuh pemberian




23. YAA KHAAFIDHU IHKFIDH MAN ZHALAMANAA
Ya TUHAN Yang Maha Menjatuhkan, jatuhkanlah orang yang menzalimi kami


24. YAA RAAFI’U IRFA’ DARAJAATINAA
Ya Tuhan Yang Maha Mengangkat , angkatlah derjat kami


25. YAA MU’IZZU AATINAA ‘IZZATAKA
Ya Tuhan Yang Maha Memberi keliaan, limpahkanlah kemuliaan-Mu kepada kami




26. YAA MUDZILLU DZALLIL MAN ADZALLANAA
Ya Tuhan Yang Maha Menghinakan , hinakanlah orang yang menghina kami.


27. YAA SAMII’U ISMA’ SYAKWATANAA
Ya Tuhan Yang Maha mendengar , dengrkanlah pengaduan kami.


28. YAA BASHIIRU ABSHIR HASANAATINAA
Ya Tuhan Yang Maha Melihat, lihatlah semua amal kebaikan kami/ terimalah ibadah kami


29. YAA HAKAMU UHKUN MAN HASADA ‘ALAINAA WA GHASYSYAANAA
Ya Tuhan Yang Maha menetapkan hukum, hukumlah orang-orang yang dengki dan curang kepada kami


30. YAA ‘ADLU I’DIL MAN RAHIMANAA
Ya Tuhan Yang Maha Menetapkan keadilan , berikanlah keadilan kepada orang yang sayang pada kami


31. YAA KHABIIRU IHYIINA HAYAATAL KHUBARA’
Ya Tuhan Yang Maha waspada/ meneliti, jadikanlah hidup kami seperti kehidupan orang- orang yang selalu waspada (ahli peneliti)


32. YAA HALIIMU BILHILMI ZAYYINNA
Ya Tuhan Yang Maha Penyantun , hiasilah hidup kami dengan sikap penyantun


33. YAA LATHIIFU ULTHUF BINAA
Ya Tuhan Yang Maha halus, bersikaplah halus kepada kami ( berilah kami hati yang halus)


***
Bersambung....
(Sumber : KH. Mawardi Labay El- Sulthani “Zikir dan Doa Dengan Al-Asma Al-Husna”)

:::Sifat Malu Muslim:::


By :Budiman Helly
Assalamualaikum Wr Wb,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

215- سَمَّعَ سَامِعٌ بِحَمْدِ اللهِ، وَحُسْنِ بَلاَئِهِ عَلَيْنَا. رَبَّنَا صَاحِبْنَا، وَأَفْضِلْ عَلَيْنَا عَائِذًا بِاللهِ مِنَ النَّارِ.
. “Semoga ada yang memperdengarkan puji kami kepada Allah (atas nikmat) dan cobaan-Nya yang baik bagi kami. Wahai Tuhan kami, temanilah kami (peliharalah kami) dan berilah karunia kepada kami dengan berlindung kepada Allah dari api Neraka.”[1]

Malu adalah akhlak yang menghiasi perilaku manusia dengan cahaya dan keanggunan yang ada padanya. Inilah akhlak terpuji yang ada pada diri seorang lelaki dan fitrah yang mengkarakter pada diri setiap wanita. Sehingga, sangat tidak masuk akal jika ada wanita yang tidak ada rasa malu sedikitpun dalam dirinya. Rasa manis seorang wanita salah satunya adalah buah dari adanya sifat malu dalam dirinya.

Apa sih sifat malu itu? Imam Nawani dalam Riyadhush Shalihin menulis bahwa para ulama pernah berkata, “Hakikat dari malu adalah akhlak yang muncul dalam diri untuk meninggalkan keburukan, mencegah diri dari kelalaian dan penyimpangan terhadap hak orang lain.”

Abu Qasim Al-Junaid mendefinisikan dengan kalimat, “Sifat malu adalah melihat nikmat dan karunia sekaligus melihat kekurangan diri, yang akhirnya muncul dari keduanya suasana jiwa yang disebut dengan malu kepada Sang Pemberi Rezeki.”


  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

والذين يؤتون ما آتوا وقلوبهم وجلة أنهم إلى ربهم راجعون
Artinya : Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka. QS. Al Mukminun : 60.

Islam menilai, watak malu itu merupakan bagian dari iman. Dengan demikian, orang yang tidak mempunyai rasa malu adalah orang yang hilang imannya. Orang hidup bermasyarakat sudah tentu harus mendengarkan apa kata masyarakat tentang dirinya. Masyarakat tak pelak lagi sebenarnya mengetahui apa yang dilakukan anggotanya. Masyarakat pula yang berhak mengoreksi apa-apa kelakuan yang tidak baik atau tak pantas anggotanya. Bagi yang tak punya malu, omongan atau koreksi masyarakat akan dianggapnya angin lalu.


Ada sebuah ungkapan warisan para nabi, yang menyatakan bahwa sudah rahasia umum, orang yang hilang perasaan malunya tak lain dari orang yang sudah terbiasa berbuat kemungkaran dan kemaksiatan dalam segala jenis dan bentuknya. Ia mau melakukan kejahatan, kelaliman dan kekejian.( contoh : tidak malu membuka aurat, tadinya berjilbab rapih sekarang melepas jilbab ).

Berdasar riwayat Ibnu Umar, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia dan Maha Agung, bila berkehendak menjatuhkan seseorang maka Allah cabut dari orang itu rasa malunya”. Ia hanya akan menerima kesusahan dari orang banyak yang marah kepadanya. Melalui ungkapan kemarahan itu, hilang pulalah kepercayaan orang kepadanya. Bila kepercayaan kepadanya sudah hilang maka ia akan jadi orang yang khianat. Dengan menjadi khianat maka dicabutlah kerahmatan dari dirinya. Bila rahmat dicabut darinya maka jadilah ia orang yang dikutuk dan dilaknati orang banyak. Dan bila ia menjadi orang yang dilaknati orang banyak maka lepaslah ikatannya dengan Islam.

Rasa malu bagi seseorang merupakan daya kekuatan yang mendorongnya berwatak ingin selalu berbuat pantas dan menjauhi segala perilaku tidak patut. Orang yang memiliki watak malu adalah orang yang cepat menyingkiri segala bentuk kejahatan.

Manusia akan hidup dalam kebaikan selama rasa malu masih terpelihara, sebagaimana dahan akan tetap segar selama masih terbungkus kulitnya. Secara kodrat, kaum wanita sangat beruntung, dianugrahi fitrah penciptaannya  dengan rasa malu yang lebih dominan dibandingkan dengan pria. Namun, ironisnya, kini banyak sekali wanita yang justru merasa malu mempunyai sifat malu dan berusaha mencampakkan jauh-jauh sifat mulia dan terpuji itu. Sehingga, terlalu banyak kita jumpai saat ini kaum wanita yang lebih tidak tahu malu daripada laki-laki.


Surat Al-Ma’arij 19-25
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat mengeluh (19) Jika mendapat keburukan berkeluh kesah (20) Dan jika mendapat kebaikan menjadi kikir (21) Kecuali orang yang shalat (22) Yang mereka selalu pada shalat mereka (23) Dan yang pada harta-harta mereka diberikan untuk orang-orang yang berhak (24) Kepada orang yang meminta dan yang tidak (25) Dan yang membenarkan kepada hari kiamat (26) Dan mereka yang takut kepada siksa Tuhan mereka (27) Sesungguhnya siksa Tuhan mereka tiada membuat aman (28) Dan mereka yang mejaga kemaluannya (29) Kecuali pada istri-istri mereka atau budak yang mereka punya, maka sungguh mereka tiada tercela (30) Maka barangsiapa yang mencari di luar itu, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas (31) Dan mereka yang menjaga tanggungjawab dan janji mereka (32) Dan mereka yang mendirikan kesaksian mereka (33) Dan mereka yang memelihara shalat mereka (34) Mereka semua termuliakan di dalam surga (35)
Maha benar Allah yang Maha Agung

Malu adalah Iman Lunturnya sifat malu dalam masyarakat merupakan salah satu parameter degradasi iman. Sebab, rasa malu akan segera menyingkir dengan sendirinya tatkala iman sudah terkikis. Sebagaimana sabda Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam, yang artinya: “Malu dan iman saling berpasangan. Bila salah satunya hilang, maka yang lain turut hilang.” (HR: Hakim dalam kitab Al-Mustadrak, ia berkata hadits ini shahih dengan syarat Bukhari Muslim dan Dzahabi menyepakatinya)

Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam pernah melewati seorang laki-laki Anshar yang mencela sifat malu saudaranya. Maka Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tinggalkan dia. Sesungguhnya malu itu sebagian dari iman.”
Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasululloh Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Iman itu ada tujuh puluh bagian. Yang paling tinggi adalah kalimat ‘la ilaha illallah’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri di jalan. Dan malu adalah bagian dari iman.” (HR: Bukhari)

Malu, Kunci Segala Kebaikan Malu merupakan penghalang seseorang untuk melakukan perbuatan dosa. Hasrat seseorang untuk berbuat dosa berbanding terbalik dengan rasa malu yang dimilikinya.
Abu Hatim berkata: “Bila manusia terbiasa malu, maka pada dirinya terdapat faktor-faktor yang mendorong pada kebaikan. Sebaliknya orang yang tidak tahu malu dan terbiasa berbicara kotor maka pada dirinya tidak akan ada faktor-faktor yang mendorong pada kebaikan, yang ada hanya kejahatan.”

Muhammad Ibnu Abdullah Al-Baghdadi melantunkan syair sebagai berikut: “Bila cahaya wajah berkurang, maka berkurang pula rasa malunya Tidak ada keindahan pada wajah, Bila cahayanya berkurang Rasa malumu peliharalah selalu, Sesungguhnya sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang, Adalah rasa malunya.” Bukannya Tidak Pede Mempunyai sifat malu bukan berarti menjadikan kita rendah diri, minder, atau nggak pede. Apalagi gara-gara ketidakpedean itu kita jadi urung melakukan kebaikan, amal shalih, dan menuntut ilmu. Jika hal itu terjadi pada diri kita, cobalah kita berintrospeksi, apakah sebenarnya malu yang kita rasakan itu karena Alloh Subhanahu wa Ta’ala atau karena manusia.

Misalnya saja kita malu memakai jilbab yang syar’I, malu menunjukkan jati diri sebagai seorang Pria Muslim atau malu pergi ke majelis ta’lim. Apakah malu yang demikian ini karena Alloh Subhanahu wa Ta’ala atau hanya rasa malu, ketakutan dan kecemasan kita kepada selain-Nya? Padahal, malu kepada Alloh-lah yang seharusnya kita utamakan. Bukankah Alloh-lah yang paling berhak kita malui?

Al-Qurthubi rahimahulloh berkata: “Al-Musthafa (Nabi Muhammad) Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang yang pemalu. Beliau menyuruh (umatnya) agar mempunyai sifat malu. Namun satu hal yang perlu diketahui bahwa malu tidak dapat merintangi kebenaran yang beliau katakan atau menghalangi urusan agama yang beliau jadikan pegangan sesuai dengan firman Alloh Subhanahu wa Ta’ala, yang artinya: “Dan Alloh tidak malu (menerangkan) yang benar” (QS: Al-Ahzab: 53)”.

Sifat malu memang adakalanya harus disingkirkan, yaitu saat kita menuntut ilmu. Dalam hal ini, Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu pernah berkata: “Orang yang tidak tahu tidak selayaknya malu bertanya, dan orang yang ditanya tidak perlu malu bila tidak mengetahuinya untuk mengatakan: Saya tidak tahu”.
Imam Bukhari rahimahulloh berkata: “Orang yang pemalu dan sombong tidak akan bisa mempelajari ilmu.” Hal ini juga dikuatkan oleh hadits yang diriwayatkan Aisyah radhiyallahu ‘anha. Ia berkata, “Sebaik-baik wanita adalah wanita Anshar. Rasa malu pada diri mereka tidak menghalangi mereka mendalami ilmu agama.” (Fathul Bari 1/229)

Harus Ditumbuhkan Sifat yang mulia ini selayaknyalah kita pupuk dengan baik dan kita jaga agar tidak musnah dari diri kita. Berbahagialah kita, jika kita terlahir sebagai sebagai seorang yang pemalu, yang berati kita telah mempunyai sifat dasar yang baik. Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda kepada Asyaj dari bani Anshar, yang artinya: “Pada dirimu ada dua sifat yang Alloh Subhanahu wa Ta’ala sukai.” Maka ia bertanya, “Apakah itu, wahai Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?” Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab; “Sabar dan malu”. Asyaj bertanya lagi, “Apakah kedua sifat itu sudah ada sejak dulu atau baru ada?”. Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Sejak dulu.” Asyaj berkata, “Puji syukur kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberiku dua sifat yang Allah sukai “ (HR: Ibnu Abi ‘Ashim).

Ada tiga jenis sifat malu, yaitu:

1. Malu yang bersifat fitrah. Misalnya, malu yang dialami saat melihat gambar seronok, atau wajah yang memerah karena malu mendengar ucapan jorok.

2. Malu yang bersumber dari iman. Misalnya, seorang muslim menghindari berbuat maksiat karena malu atas muraqabatullah (pantauan Allah).

3. Malu yang muncul dari dalam jiwa. Misalnya, perasaan yang menganggap tidak malu seperti telanjang di hadapan orang banyak.

Karena itu, beruntunglah orang yang punya rasa malu. Kata Ali bin Abi Thalib, “Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, niscaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya.”

Jika memang kita rasakan sifat itu kurang pada diri kita, maka tidak perlu khawatir karena sifat itu dapat ditumbuhkan. Dengan meningkatkan iman, ma’rifatulloh, dan pendekatan diri kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala sehingga dalam diri kita timbul kesadaran bahwa Alloh Subhanahu wa Ta’ala senantiasa mengawasi, mengetahui segala sesuatu yang kita kerjakan dan yang kita simpan dalam hati maka akan tumbuhlah malu imani yang mampu mencegah seseorang berdosa karena takut pada Alloh Subhanahu wa Ta’ala. Wallahu a’lam.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
اللهم إنى أسألك علِما نافغا و رزقا طيبا و عملا متقبلا
Allahumma inni As’aluka ilman nafi’an wa rizqon thoyyiban wa a’malan mutaqobalan
Ya Allah aku mohon kepadamu berikanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat, rizki yang baik dan amalan yang diterima disisimu

Tentang kesejajaran sifat malu dan iman dipertegas lagi oleh Rasulullah saw., “Malu dan iman keduanya sejajar bersama. Ketika salah satu dari keduanya diangkat, maka yang lain pun terangkat.” (HR. Hakim dari Ibnu Umar. Menurut Hakim, hadits ini shahih dengan dua syarat-syarat Bukhari dan Muslim dalam Syu’ban Iman. As-Suyuthi dalam Al-Jami’ Ash-Shagir menilai hadits ini lemah.)

Karena itu, sifat malu tidak akan mendatangkan kemudharatan. Sifat ini membawa kebaikan bagi pemiliknya. “Al-hayaa-u laa ya’tii illa bi khairin, sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan,” begitu kata Rasulullah saw. (HR. Bukhari dalam Kitab Adab, hadits nomor 5652)

bisa kita miliki? Sumber sifat malu adalah dari pengetahuan kita tentang keagungan Allah. Sifat malu akan muncul dalam diri kita jika kita menghayati betul bahwa Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Melihat. Tidak ada yang bisa kita sembunyikan dari Penglihatan Allah. Segala lintasan pikiran, niat yang terbersit dalam hati kita, semua diketahui oleh Allah swt.

Jadi, sumber sifat malu adalah muraqabatullah. Sifat itu hadir setika kita merasa di bawah pantauan Allah swt. Dengan kata lain, ketika kita dalam kondisi ihsan, sifat malu ada dalam diri kita. Apa itu ihsan? “Engkau menyembah Allah seakan melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Ia melihatmu,” begitu jawaban Rasulullah saw. atas pertanyaan Jibril tentang ihsan.

Tetapi malu kepada Allah dengan malu yang sesungguhnya; yaitu menjaga kepala dan apa yang dipikirkannya, menjaga perut dari apa yang dikehendakinya. Ingatlah kematian dan ujian, dan barangsiapa yang menginginkan kebahagiaan alam akhirat, maka ia akan tinggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang melakukan hal itu, maka ia memiliki sifat malu yang sesungguhnya kepada Allah.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Shifatul Qiyamah, hadits nomor 2382)

Semoga bermanfaat , … dan terjaganya keluarga sakinah Mawaddah wa Rahmah adalah sumber dari segala sumber pahala ALLAH Allah Subhanahu Wa Ta'ala..

semoga selalu dalam Hidayah dan Ridho Allah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.. Aamiin Allaahumma Aamiin


Rabbi zidni ‘ilman. Warzuqni fahma........birohmatika Ya Arhamarrohimin...
Artinya: “Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”
Amin Ya Allah ,Ya Robbillalamin...

AKHLAQ MUSLIM


Assalamualaikum Wr Wb,

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Katakan (wahai Muhammad), ‘Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah,
ikutilah aku, niscaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosa kalian.’
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Âli ‘Imrân [3]: 31).

Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam seorang yang banyak berdoa, memohon dan menunjukkan ketergantungan kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala. Beliau sangat menyukai kalimat-kalimat yang ringkas namun sarat makna dan juga menyukai ucapan-ucapan doa.

Doa adalah ibadah yang sangat agung, yang tidak boleh dipalingkan kepada selain Alloh Subhanahu wa Ta’ala. Hakikat doa adalah menunjukkan ketergantungan kita kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala dan berlepas diri dari daya dan upaya makhluk. Doa merupakan tanda Ubudiyah (penghambaan diri secara totalitas kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala). Doa juga merupakan lambang kelemahan manusia. Di dalam ibadah doa terkandung pujian terhadap Alloh Subhanahu wa Ta’ala.

Disamping itu terkandung juga sifat penyantun dan pemurah bagi Alloh Subhanahu wa Ta’ala. Oleh sebab itu Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: “Doa itu adalah ibadah” (HR: Tirmidzi)
Di antara doa Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah, yang artinya: “Ya Alloh, tolonglah daku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung segala urusanku. Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali. Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan.” (HR: Muslim)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
  “Demi masa.  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. (QS. Al Ashr [103]: 1-3)


Di antara doa beliau adalah, yang artinya: “Ya Alloh, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Ya Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan setan dan bala tentaranya, atau aku melakukan kejahatan terhadap diriku atau yang aku tujukan kepada seorang muslim lain.” (HR: Abu Daud)

Demikian pula doa berikut ini: “Ya Alloh, cukupilah aku dengan rizki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, perkayalah aku dengan karunia-Mu (supaya aku tidak meminta) kepada selain-Mu.” (HR: At-Tirmidzi)

Di antara permohonan beliau kepada Alloh Subhannahu wa Ta’ala, yang artinya: “Ya Alloh, ampunilah dosaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan temukanlah aku dengan teman yang tinggi derajatnya.” (Muttafaq ‘alaih)

Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam senantiasa berdoa memohon kepada Rabb Subhanahu wa Ta’alaSubhanahu wa Ta’ala hingga jatuh selendang beliau dari kedua pundaknya, memohon kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala agar menurunkan pertolongan bagi kaum muslimin dan menjatuhkan kekalahan atas kaum musyrikin. Beliau sering berdoa untuk dirinya sendiri, untuk keluarga dan ahli bait beliau, untuk sahabat-sahabat beliau bahkan untuk segenap kaum muslimin. baik pada waktu lapang maupun pada saat sempit. Pada peperangan Badar, beliau berdoa kepada Alloh
(Sumber Rujukan: Sehari Di Kediaman Rasululloh Shallallahu’alaihi Wasallam,

Semoga bermanfaat , ...


Al-Qur'an:surah al-Baqarah:186:
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.'

Amin Ya Allah ,Ya Robbillalamin..
Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

By : Budiman Helly
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Kemudian Kami menghukum mereka, maka Kami tenggalamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami itu.” (QS: Al-A’raf: 136

Tawadhu'



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah,Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya karena iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahasia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi puncak fitnah hati,

Ya Allah,Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Dibalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Karena setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,

Tetap bersinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummat dan juga keluarga,
Rahmat&lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.,...

Amin Ya Allah ,Ya Robbillalamin...







بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Allah berfirman yang artinya "Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus" (QS. Al-Isra:9)
‘Allahummaghfirlii’Amin Ya Allah ,Ya Robbillalamin

::: Indahnya Dirimu :::


Ditengah perjalanan  kehidupan sering  timbul keraguan.Ketika menapak hari   teringat semua yang pernah dilakukan, teringat semua kekhilafan yang kadang terulang dan terulang lagi...keraguan , penyesalan dan keinginan untuk segera kembali.Keinginan untuk menjadi lebih baik.


Tidak ada yang lebih baik dari munculnya kesadaran untuk segera memperbaiki diri. Segera kembali menuju Rabbi.. Segera kembali dalam tuntunan dan meretas jalan berliku, menapak hari yang pernah kelabu, kearah yang lebih indah.
Keluar dari kegelapan menuju cahaya. Membuang jauh-jauh  bayangan kelam yang pernah melintas dalam hidupnya...


Indah... sungguh indah dirimu ...

Dirimu terlihat indah ketika  dapat  melukis kekuatan lewat permasalahan
Akan terlihat indah ketika  bisa tersenyum disaat hati menangis...
Berusaha bangkit disaat tertekan  dalam kubangan penderitaan
Mendoakan disaat dirimu terhina
Mempesona dalam kelembutan dan indahnya memaafkan


Ketika dirimu mampu berbagi disaat seharusnya menerima
Ketika dirimu  menebar  kasih disaat merasakan kekeringan. Kasih tanpa pamrih, kasih yang suci.
Ketika benang-benang jiwa mampu merajut kebaikan  tanpa  mengharapkan balasan
Ketika dirimu mampu  membalas keburukan  dalam kata dan perbuatan yang menyakitkan,
 justru berlaku sebaliknya dalam kasih dan tuntunan...


Sungguh ....


Tidak mudah tersenyum  ketika hati menangis tapi akan terasa indah ketika kita menyadari  itu bagian dari kasih  Ilahi

Tidak mudah bangkit dalam keadaan terpuruk, tapi akan terasa indah ketika  kita menyadari saat itu Allah sedang menyapa dengan cinta Nya

Tidak mudah memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan  tapi akan terasa indah ketika menyadari saat itu kita bisa memberi arti bagi kehidupan orang lain

Tidak mudah  memaafkan ketika kita dibenci dan di hina, tapi akan terasa indah kalau itu bagian dari penyucian diri...

Tidak mudah  melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya, tapi akan terasa indah ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan

Tidak mudah  melupakan masa lalu yang menyakitkan, tapi akan terasa indah ketika menyadari  itulah jalan yang harus ditempuh untuk mengawali kebahagiaan  yang  akan diberikan Allah sebagai penggantinya .

Tidak mudah  menghilangkan  duka karena kehilangan tapi akan terasa indah ketika menyadari itu adalah bagian dari kebahagiaan yang sebentar lagi  menghampirimu

Tidak mudah menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera  seolah tiada henti , tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan memupuk rasa syukur  dan menyadari itu  bagian dari cara Allah  memberikan kebeningan jiwa dan kemuliaan  dalam  kehidupan


Sungguh Dirimu  indah  ....


Ketika  harapan , impian dan doa menyatu dalam kerinduan pada  NYA
Ketika dirimu  menjadi perindu-perindu malam dalam kerinduan pada Nya...
Ketika menyadari itulah jalan-jalan yang harus dilewati menuju keindahan.

Selama dunia masih berputar, selama hayat masih dikandung badan , selama  menyadari hidup adalah persinggahan sementara ,selama itu pula dalam  kehidupan , kesedihan dan kebahagiaan akan datang silih berganti.
Ketika diri bisa memahami dan menyadari  keberadaannya, selama dalam diri masih dipupuk rasa syukur..semua akan terasa indah...

Ya Rabbi  alangkah indah ketika semua itu mulai merasuk jiwa, ketika jiwa haus dalam kerinduan pada MU... berbagi  kasih dalam anugerah Cinta mU...
Alangkah indahnya dirimu ketika menyadari semua keindahan telah Allah cukupkan untukmu...

ADAB MURID DI DALAM THORIQOH


Oleh : KH. M .ZEIN ZAINAL ABIDIN BAZUL ASYHAB.

Adab murid dalam thoriqoh sangat banyak di antaranya di sini di sebutkan 24 macam . Diambil 24 karena tabaruk dengan kalimah Laailaha illalloh Muhamad Rosululloh.

01. Murid meyakini Bahwa Gurunya adalah Mursyidnya .
02. Ikatan ruhani .
03. Memperbanyak ibadah .
04. Istiqomah .
05. Mencintai Guru .
06. Cita –cita yang tinggi .
07. Memperbaiki nafsu dari sifat tercela.
08. Melaksanakan syariat.
09. Menjauhi pekerjaan yang tidak bermanfaat .
10. Jangan berdebat.
11. Jangan merasakan telah sampai pada suatu maqom dalam thoriqoh.
12. Meneliti diri sendiri .
13. Giat beramal.
14. Jangan ingin di puji-puji.
15. Sabar dalam segala ujian.
16. Meyakini keadaan tingginya derajat para Wali Allah.
17. Tidak putus asa.
18. Tidak memandang lambat Futuh.
19. Dzikir.
20. Taubat.
21. Tidak banyak membahas Dzat Allah.
22. Teliti / Apik / Wara' .
23. Menambah ilmu .
24. Tidak terbawa oleh orang yang menjelekkan ahli Tasawuf .

Di ambil dari kitab Al Anwaarul Qudsiyyah Al Imam AS Syeikh Abdul Wahhab As Sya'rooni.
Di sampaikan pada acara Penataran mubaligh YSB .PP. Suryalaya
27-30 juni 1996 . M
MURID DI DALAM THORIQOH
Oleh : KH. M .ZEIN ZAINAL ABIDIN BAZUL ASYHAB.

Adab murid dalam thoriqoh sangat banyak di antaranya di sini di sebutkan 24 macam . Diambil 24 karena tabaruk dengan kalimah Laailaha illalloh Muhamad Rosululloh.

01. Murid meyakini Bahwa Gurunya adalah Mursyidnya .
02. Ikatan ruhani .
03. Memperbanyak ibadah .
04. Istiqomah .
05. Mencintai Guru .
06. Cita –cita yang tinggi .
07. Memperbaiki nafsu dari sifat tercela.
08. Melaksanakan syariat.
09. Menjauhi pekerjaan yang tidak bermanfaat .
10. Jangan berdebat.
11. Jangan merasakan telah sampai pada suatu maqom dalam thoriqoh.
12. Meneliti diri sendiri .
13. Giat beramal.
14. Jangan ingin di puji-puji.
15. Sabar dalam segala ujian.
16. Meyakini keadaan tingginya derajat para Wali Allah.
17. Tidak putus asa.
18. Tidak memandang lambat Futuh.
19. Dzikir.
20. Taubat.
21. Tidak banyak membahas Dzat Allah.
22. Teliti / Apik / Wara' .
23. Menambah ilmu .
24. Tidak terbawa oleh orang yang menjelekkan ahli Tasawuf .

Di ambil dari kitab Al Anwaarul Qudsiyyah Al Imam AS Syeikh Abdul Wahhab As Sya'rooni.
Di sampaikan pada acara Penataran mubaligh YSB .PP. Suryalaya
27-30 juni 1996 . M

Jasa Ibu tidak terbalas


Imam Abu Laits as-Samarqandi atau nama penuhnya Nashr bin Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim al-Faqih al-Hanafi rahimahUllah (wafat 373H), menceritakan bahawa pernah satu ketika Imam Hasan al-Bashri RA melihat seorang lelaki bertawaf mengelilingi BaitUllah dengan membawa sebuah keranjang besar dari daun kurma.

Maka Imam Hasan menegur lelaki tersebut dengan katanya: "Wahai tuan, lepaskanlah keranjangmu, hormatilah kesucian BaitUllah."

Lelaki tersebut menjawab: "Wahai Syaikh, dalam keranjang ini ada ibuku. Aku telah menggendongnya di bahuku sebanyak 7 kali haji. Aku menggendongnya dari kediamanku di kawasan Syam yang paling jauh hingga ke sini. Aku mengelilingi tempat-tempat perlaksanaan haji dan juga BaitUllah sambil menggendongnya, maka apakah aku sudah memenuhi haknya?"

Imam Hasan menjawab: "Seandainya kamu menggendongnya di atas bahumu selama 70 tahun dari belahan bumi yang paling jauh, maka itu pun kamu belum memenuhi hak ibumu dan barangkali apa yang telah engkau lakukan itu hanya untuk satu kali engkau berputar dalam perutnya."

Allahu ... Allah, sungguh besar hutang kita dengan ibu kita. PadaMu Ya Allah, kami memohon agar dibahagiakan ibu ayah kami dengan kami, jadikanlah kami penyejuk mata mereka, ampunilah kedua mereka serta tinggikanlah darjat mereka dalam syurgaMu. Allahumma aamiin.

Syaikh Ma'ruf al-Karkhi


Syaikh Ma'ruf al-Karkhi QS atau nama penuhnya Abu Mahfudz Ma'ruf bin Fairuz al-Karkhi adalah seorang wali besar yang dimakamkan di Kota Baghdad (di sebelah adalah foto makam beliau). Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi dalam "Syarhul 'Ainiyyah" halaman 64 - 67 menyebut antara lain:-

"Beliau adalah seorang syaikh besar yang mustajab doanya, penduduk Baghdad beristisqa' dengan kuburnya (yakni bertawassul dengan beliau untuk memohon Allah menurunkan hujan) dan menyatakan bahawa kuburnya itu adalah tiryaaq mujarrab (penawar yang mujarrab)..... Sesiapa yang ada hajat kepada Allah, maka berdoalah kepada Allah di sisi kuburnya (yakni kubur Syaikh Ma'ruf), sesungguhnya Allah akan mengabulkan permohonannya. Dan sebahagian ulama menyatakan bahawa kubur Ma'ruf adalah tiryaaq (penawar) yang mujarrab (sebagai sebab) untuk menunaikan segala hajat."

Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi cuma mengutip pernyataan para ulama sebelum beliau mengenai keutamaan Syaikh Ma'ruf, antaranya sebagaimana yang disebut oleh guru beliau sendiri iaitu al-Habib 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad.

Maka telah menyebut al-Imam al-Quthub al-Habib 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad rahimahumUllah dalam karya beliau "Sabilul Iddikar" halaman 64 sebagai berikut:-
"Demikian pula apabila menziarahi kubur-kubur para sholihin maka perbanyakkanlah berdoa di sisinya kerana di antara mereka ada yang Allah jadikan doa di sisi kuburnya mustajab. Perkara seumpama ini mujarrab sehingga penduduk Baghdad menamakan kubur as-Sayyid al-Imam Musa bin al-Imam Ja'far ash-Shoodiq sebagai "at-Tiryaaq al-Mujarrab", iaitu kerana mustajabnya segala doa dan jadi sebab tersingkapnya segala keperluan. Dan demikianlah pula dengan kubur Ma'ruf al-Karkhi dinamakan sedemikian juga dan adalah kuburnya di Baghdad juga."
Rasanya sejarah hidup Syaikh Ma'ruf telah dikenali ramai. Di sini kita bawakan sekelumit mengenai tawadhu` dan khumulnya beliau. Diceritakan bahawa pada satu hari Syaikh Ma'ruf sedang berpuasa sunnat. Tiba-tiba beliau mendengar seorang saudagar berteriak dengan katanya: "Semoga Allah merahmati orang yang sudi meminum airku ini." Mendengar suara saudagar tersebut, Syaikh Ma'ruf telah menghampirinya dan meminum air yang diberikan oleh si saudagar tersebut, walaupun sebelumnya beliau berpuasa. Murid-murid beliau kehairanan dengan tindakan Syaikh tersebut, lalu ada yang bertanya: "Bukankah tuan sedang berpuasa?" Syaikh Ma'ruf al-Karkhi menjawab: "Ya, tetapi aku berbuka dan meminum airnya kerana ingin termasuk dalam doanya (yakni ingin memperolehi doa rahmatnya tadi)."

Asal Kejadian Jin


Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

Asal Kejadian Jin

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

Cara pembiakan Jin

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

Agama puak-puak Jin

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

Rupa Bentuk Jin

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.