Ilmu Akhlak Bhg 1 1
KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD
STILAH atau nama ilmu tidak pernah menjadi persoalan pada zaman Nabi
Muhammad saw mahu pun Khulafahur Rasyidin. Namun dalam jangka
waktu 23 tahun kenabian, Baginda saw telah membentang keseluruhan teras
ilmu yang merupakan suatu segmen utama dari rangkuman Ar Risalah .
Pelbagai istilah ilmu mula timbul selepas zaman mereka iaitu setelah segala
teras ilmu yang diajar Rasulullah saw dan para sahabat berkembang luas.
Justeru, selepas puluhan tahun dan mengalami evolusi yang agak teruja, barulah
timbul pembahagian ilmu mengikut susunan yang kita kenal hari ini. Tujuan
asal penyusunan kategori dan istilah ilmu itu sebenarnya adalah untuk
memenuhi keperluan umat Islam yang semakin ramai jumlahnya dan
memudahcarakan proses pembelajaran mereka. Usaha cendakianwan Islam ke
arah pembinaan klasifikasi ilmu itu lebih didasari oleh keperluan dakwah dan
kesesuaian permintaan zaman. Dari gembelingan tenaga dan daya para alim
kita itu tercetuslah pelbagai bidang ilmu yang antaranya dinamakan Tauhid, Fikh
dan Tasauf, Tafsir, Hadis, Falak, Nahu, Mantiq, Adab, Iqtisad, Qawaid Fiqhiyyah,
ZiraI dan lain-lain.
Sebagai manusia Islam kita mungkin begitu akrab dengan bidang ilmu
Tauhid dan Fikh. Ini berpunca dari pendedahan dan penekanan dasar dalam
usaha membentuk keperibadian Muslimin. Pengolahan dan perbahasan ilmu-
I
Ilmu Akhlak Bhg 1 2
ilmu tersebut oleh para alim terkemuka seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam
Hanafi dan Imam Hanbali pula memang telah terkenal dan meluas. Jasa dan
keberkahan mereka telah dan akan terus membantu umat Islam mencari dan
mencetak keperibadian Muslim yang berwibawa. Keperibadian seseorang
Muslim sebenarnya terletak pada keteguhan iman dan ketinggian ilmu yang
dapat meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah swt.
Hal ini dapat dilihat pada firman Allah swt di Surah Al-Mujadalah ayat 11
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orangorang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
Dari sudut keutamaan dan pendedahan mungkin kita mendapatkan suatu
pendekatan yang diselimuti suasana kurang kesungguhan dalam mempelajari
ilmu Tasauf. Ia ada kaitan rapat dengan sejarah perkembangan ilmu dalam
dunia Islam yang diselangi berbagai cita rasa dan pengaruh kepimpinan, dan
pilihan mereka sendiri.
Nabi Muhammad saw berperanan penting dalam pelbagai bidang
kehidupan umat Islam. Selain tugas kerasulannya, Baginda saw juga seorang
pemimpin negara dan reformer sosial. Antara yang paling menonjol, Baginda
saw adalah seorang sufi atau pengamal Tasauf. Amalan Baginda saw sebagai
ahli sufi sebenarnya telah disampaikan kepada para Sahabatnya (bererti Muslim
yang ditemui Nabi saw atau melihat Baginda). Sejarah telah banyak merakam
kehidupan zuhud para Sahabat ra yang penuh hikmah, dan manifestasi cinta
mereka kepada Allah swt yang sukar ditandingi.
Ilmu Akhlak Bhg 1 3
Amalan sufi Baginda itu terpapar pada akhlaknya yang tinggi atau Al Akhlakul
Karimah seperti zuhud. Pengiktirafan Allah swt akan ketinggian akhlaknya Nabi
saw jelas terpapar pada firman Allah swt
di Surah Al-Qalam ayat 4 Dan sesungguhnya kamu (wahai Muhammad)
mempunyai budi pekerti yang teragung
Allah SWT memuji Nabi saw kerana memiliki akhlak mulia dan menyeru
manusia menuruti jejak langkah Baginda. Rasulullah saw sendiri sentiasa
berpeluang memiliki kekayaan tetapi Baginda memilih suatu kehidupan yang
didasari kemurahan hati dan sifat penyayang terhadap fakir miskin. Sifat mulia
ini yang dimiliki oleh Nabi saw harus dijadikan contoh sesuai dengan firman
Allah swt
di Surah Al-Baqarah ayat 142 Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu
umat Islam, umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas
perbuatan manusia dan agar rasul menjadi saksi atas perbuatanmu.
Kebanyakan para sahabat juga mengamalkan zuhud iaitu hidup dalam
keadaan serba sederhana dan membelanjakan harta untuk anak yatim, orang
miskin dan sebagainya demi kebajikan ummah. Istilah zuhud ini tidak
seharusnya disalahertikan sebagai pengenepian atau tidak berperanan dalam
soal keduniaan. Islam tidak sekali-kali melarang Muslimin mecari kekayaan.
Malahan ia merupakan suruhan Allah swt ynag terdapat di
Surah Al-Qasas ayat 77 Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan
Allah kepadamu untuk kebahagiaan di akhirat, dan janganlah kamu melupakan
Ilmu Akhlak Bhg 1 4
bahagianmu dari kenikmatan dunia dan berbuat baiklah kepada orang
sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu.
Para Sahabat seperti Saidinah Abu Bakar Ash Shiddiq, Saidinah Usman bin
Affan dan Saidinah Abdul Rahman bin Auf merupakan niagawan yang berjaya
dan kaya. Begitu pula Saidatinah Siti Khadijah, isteri Rasulullah saw. Apa yang
dituntut adalah memperlakukan harta itu untuk kemashlahatan peribadi,
keluarga, dan ummah sehingga membantu tercapainya keadilan sosial.
UJIAN KEBENDAAN
ayang sekali, hari ini kita hidup dikelilingi oleh semangat kebendaan.
Malahan yang lebih menyedihkan, ramai juga mereka yang mengutamakan
kebendaan sedangkan mereka dalam keadaan lemah atau tanpa kemampuan.
Sifat cinta kepada kebendaan ini memang telah dihiaskan dalam diri setiap anak
Adam sebagaiman firman Allah swt dalam
Surah Ali Imran ayat 14 Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan
pada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita , anak-anak, harta yang
banyak dari jenis emas, perak kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan
sawah ladang.
Hidup berhutang demi mengecap kemewahan kononnya telah menarik mereka
ke jurang kemiskinan. Ilmu akhlak atau Tasauf tidak diperbesar berbanding
dengan ilmu Tauhid dan Fikh. Pada hal, Rasulullah saw telah mengajarkan ilmu
akhlak ini terlebih dulu iaitu selama 11 tahun, sebelum para sahabat mempelajari
perihal solat (selepas peristiwa Isra Miraj), puasa dan sebagainya.
S
Ilmu Akhlak Bhg 1 5
Akibatnya banyak sifat cela yang ditimbulkan dan diperbesar seolah-olah
inilah yang menjadi ukuran manusia yang berjaya.
Sekadar contoh, kita berjumpa manusia yang bercakap dengan penuh kuasa
(authoritative) atau menonjolkan pangkatnya. Contoh-contoh ini menunjukkan
sifat riya dan takkabur (berasal dari bahasa Arab). Dalam Quran, dua sifat cela
itu dipuncakan daripada Iblis. Jadi sifat-sifat ini juga disebut sifat syaitan.
Sesungguhnya sifat buruk sama sekali tidak kekal. Misalnya, sejarah tanpa
henti memaparkan bukti-bukti jelas mengenai kebangkitan dan kejatuhan para
pemimpin dunia yang tegar, serakah dan gersang adab. Sehingga kejatuhan
mereka ada yang boleh dikatakan dalam keadaan yang aib atau menghancurkan.
Jadi sifat cela akan membawa keadaan sebaliknya iaitu apabila kuat pada
permulaannya, orang itu akan lemah akhirnya.
Jadi bagaimanakah ilmu akhlak dapat menyelamat orang yang berkuasa?
Orang yang berkuasa dapat diselamat oleh ilmu
Tasauf apabila ia merasa ada pertimbangan wajar yang perlu dilaksanakannya
terhadap golongan-golongan yang dikuasai. Hal ini senantiasa diperingatkan
oleh Allah SWT sebagaimana dalam
Surah Ad-Dhuha ayat 11 Apabila diberi nikmat Allah, maka hendaklah
kau bersyukur.
Riya dan takkabur telah menjatuhkan Iblis ke lembah yang terhina ( ia
adalah jin yang telah mendapat nikmat dalam bentuk penghormatan Allah swt
sehingga dapat bersama para malaikat. Nama Iblis ketika itu ialah Azazil). Allah
Ilmu Akhlak Bhg 1 6
swt hendak menguji setiap hambanya, iaitu mereka harus buktikan ketaatan
melalui perlakuan bukan sekadar ungkapan manis dari hati yang berbolak-balik.
Jadi, ketika Allah SWT menyuruh para malaikat dan Iblis agar menyembah
(memberi penghormatan) kepada Adam as, hanya Iblis saja yang enggan.
Peristiwa ini dapat disingkap kembali pada firman Allah swt di
Surah Al-Baqarah ayat 34 Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para
malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia
enggan dan takabbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir
Allah swt mengetahui isi hati hambanya. Namun, dalam peristiwa Iblis yang
ingkar tadi, Allah SWT bertanya mengapa Iblis tidak menyembah Adam. Hal ini
demi disaksikan oleh para malaikat dan Nabi Adam. Jawab Iblis ialah dia lagi
mulia kerana dijadikan daripada api sedang Adam hanya berasal daripada
tanah. Jawapan Iblis yang bongkak ini telah dirakamkan dalam
Surah Al-Araf ayat 12 ketika Allah swt bertanyakan kepada Iblis « Apakah
yang menghalangimu untuk bersujud kepada Adam di waktu Aku menyuruhmu ?
Iblis menjawab : Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya dari api
sedangkan dia engkau ciptakan dari tanah . «
Jawapan Iblis itu menunjukkan dia takkabur iaitu berbangga pada dirinya
sendiri, dan bersifat riya iaitu inginkan orang lain (Adam) menyanjungnya dan
bukan sebaliknya. Lantaran itu, Allah swt telah mengenyahkan Iblis dari
syurga. Jelaslah di sini Iblis merupakan makhluk yang tidak sedar diri iaitu tidak
mensyukuri pemberian dan ciptaan Allah swt.
Ilmu Akhlak Bhg 1 7
Sepanjang kehidupan manusia dari zaman Adam as, manusia diuji secara
berterusan. Ujian Adam as mengingatkan kita kepada satu daripada dua sifat
asal manusia, iaitu lupa. Hal ini berlaku apabila Adam as lupa dengan larang
Allah swt agar jangan memakan buah dari sebuah pohon. Lupanya Adam as itu
adalah berpunca dari rayuan Hawa, isterinya yang menerima bujukan Iblis, yang
memberitahu bahawa dengan memakan buah tadi akan kekallah mereka hidup
di syurga.
Satu lagi sifat asal kelemahan manusia ialah mengantuk atau kalah tidur.
Allah swt telah menjadikan Nabi Sulaiman as sebagai manusia paling
perkasa kerana dapat menguasai angin, jin, mengetahui bahasa binatang
(termasuk serangga) dan memiliki kekayaan yang tiada terkira. Tetapi
bagaimanakah Sulaiman as menanggapi segala keistimewaan itu? Beliau
menyatakan bahawa Ini adalah kurnia daripada Tuhanku sebagai dugaan
sama ada aku bersyukur atau kufur
Maksud kufur dalam konteks ini bukanlah menafikan Allah swt, tetapi
menidakkan nikmat atau anugerah Ilahi.
ILMU BATIN
ua lagi sifat Iblis ialah hasad (menaruh perasaan iri dan benci) dan dengki
(tergamak mengenakan). Jadi dapatkah sifat-sifat syaitaniah ini dibasmi?
Jawapannya ialah tentu saja boleh. Ia boleh dilakukan dengan menguasai ilmu
Tasauf atau ilmu batin yang bertujuan membersihkan jiwa (nafia).
Sering kita tidak menyedari bahawa perlakuan kita adakalanya menyerupai
syaitan. Contohnya, ketika bercermin, kita merasa diri kita kacak dan wajar
D
Ilmu Akhlak Bhg 1 8
orang lain juga merasa demikian. Merasa kacak dan berbangga itu dipanggil
takkabur. Manakala mengharapkan orang lain mengiktiraf kehebatan itu pula
dipanggil riya.
Satu lagi contoh ialah, ketika bersolat sendirian, sering kita lalai dari segi
ketertiban. Tetapi apabila kita bersolat di masjid atau di khalayak ramai, kita
bersungguh-sungguh melakukannya kerana merasa banyak mata melihat kita
iaitu sifat riya.
Mengapakah ini terjadi?
Seyogia diingat, sebelum dinyahkan dari syurga, Iblis mendapat izin Allah
swt bagi dua perkara:
pertama, untuk terus menduga Adam as dan keturunannya (manusia) dari
semua sudut;
kedua, diizinkan hidup sampai akhir zaman (akhirat). Tujuannya sematamata
untuk menghalangi manusia dari mengikuti jalan yang lurus. Iblis terus
berkata sebagaimana tercatit pada
ayat 17 Surah Al-Araf Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan
dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan engkau tidak
akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur
Bagi perkara pertama, Allah swt berkata Iblis dan pasukannya tidak akan
dapat mempengaruhi hambanya yang ikhlas beriman. Ini jelas dinyatakan oleh
Allah swt dalam
Ilmu Akhlak Bhg 1 9
Surah Saad ayat 82 ketika Iblis menjawab « Demi kekuasaanMu aku akan
meyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara
mereka ».
Oleh itu, jika kita melakukan sesuatu demi orang lain dan bukan kerana
Allah, maka kita dikatakan tidak ikhlas.
Secara mudah, Tasauf ialah mengenai keikhlasan atau melakukan sesuatu
kerana hendak mendapatkan keridhaan Allah SWT. Dari segi formulanya, kita
dapat merumuskan seperti berikut:
T (tasauf) = f(pembersihan sifat cela, ikhlas)
Berbalik kepada soal solat dan riya tadi, hal ini ada dijelaskan dalam
peringatan Allah SWT pada surah
Al-Maun yang bermaksud « Tahukah kamu orang yang mendustakan
agama ? Itulah orang yang mengherdik anak yatim. Dan tidak menganjurkan
memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi orang-orang yang salat,
iaitu orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang riya dan enggan
memngeluarkan zakat.
Antara lain mengingatkan orang Islam agar jangan jadi pendusta agama
(munafik) kerana sekurang-kurangnya tiga perkara berikut:
! mengasari anak yatim;
! enggan memberi makan/menanggung orang miskin;
! lalai dalam bersolat, dan
! orang yang riya
Ilmu Akhlak Bhg 1 10
Maksud lalai (Arab: sahun) amat luas, termasuklah tidak khusyuk ketika
bersolat dan lupa mengenai apa yang dibaca dalam solatnya kerana fikirannya
menerawang.
MAKSUD IHSAN & SEMPURNA
khlas juga dimaksudkan sebagai ihsan. Makna ihsan terpapar dalam sebuah
hadis yang amat terkenal, iaitu ketika Jibril as yang menyamar sebagai
seorang lelaki datang dan duduk bertemu lutut di depan Nabi saw dalam
suau majlis yang disaksikan para sahabat. Jibril as bertanyakan apakah makna
Islam, Iman dan Ihsan.
Mengenai ihsan, Nabi saw menyatakan ialah apabila seorang Muslim
beribadat ia seolah-olah melihat Allah swt dan jika ia tidak dapat melihatnya,
ia mengetahui bahawa Allah swt melihatnya.
Maksud melihat ialah satu persaksian iaitu apa jua urusan kita hendaklah
ditujukan kepada Allah swt. Demi mendapatkan keridhaan atau disukai Allah
swt, maka segala kerja yang kita buat hendaklah memenuhi suruhannya dan
menjauhi larangannya. Amalan inilah yang menjadikan kita melakukan sesuatu
pekerjaan dengan bersungguh-sungguh hingga ia mencapai taraf sempurna
(bahasa Arabnya, kamil).
Bagaimanakah kita melihat sesuatu itu kamil?
Satu-satunya makhluk yang telah mencapai darjat atau maqam kamil adalah
Rasulullah saw. Segala ilmu dan peristiwa di dunia dan keseluruhan alam telah
dilihatkan (dipersaksi) Allah swt kepada Baginda. Misalnya, Nabi saw
merupakan manusia pertama yang dibedah secara cahaya, diangkat ke langit,
dilihatkan peristiwa terdahulu dan pada hari kemudian.
I
Ilmu Akhlak Bhg 1 11
Tugas umat Islam ialah meraih apa jua usaha secara sempurna. Di sinilah
terbentang erti gemilang atau kecemerlangan. Kalau bekerja, orang Islam
mestilah yang terbaik. Ini dapat difahami dengan firman Allah swt di
Surah Al-Isra ayat 7 « Jika kamu berbuat baik bererti kamu berbuat baik
bagi dirimu sendiri, sebaliknya jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu
adalah bagi dirimu jua »
Konsep sempurna dan ihsan ini berkait rapat kerana kata dasar bahasa Arab,
hasanah (yang baik) adalah ihsan. Kekata itu terhimpun dalam doa yang sangat
terkenal Rabbana athina fid dunnya hassanatan wal fin akhirati hassanatan waqinna
azabbannar. (Ertinya Ya Allah kurniakanlah aku kehidupan sempurna dan baik
di dunia dan juga di akhirat dan jauhkan daku dari seksa api neraka).
Jelaslah apabila hati kita ikhlas/ihsan, maka kita tidak mudah digoda oleh
pesona zahir seperti harta atau kekayaan, seks atau wanita dan pangkat atau
takhta. Hal ini menjelaskan betapa relevannya Tasauf dalam melengkapkan
seseorang dari seorang pekerja biasa sehingga pemimpin agung dalam
menghadapi dugaan dunia yang dicetuskan oleh Iblis dan pasukannya. Apabila
hati telah disucikan dengan ikhlas dan ihsan, segala tindak-tanduk kita akan
membawa kebaikan di dunia dan mendapat balasan baik di akhirat.
Tasauf adalah ilmu batin kerana ia mengenai dalam diri manusia yang tidak
dapat dilihat oleh mata kasar. Aspek batin atau ruh ini juga disebut ruh Islam.
Kelemahan umat Islam dewasa ini ialah kerang kekurangan pada ruh Islam.
Ilmu Akhlak Bhg 1 12
Sering kita tidak menyedari DIRI KITA sendiri sudah melakukan syirik atau
menyekutukan Tuhan walaupun kita bersolat dan menjalankan pelbagai ibadah.
Ini berlaku dengan pelbagai keadaan, misalnya seseorang itu senantiasa
mengharapkan kerja atau usahanya dengan ganjaran dalam bentuk harta dan
pangkat dan bukan keridhaan Allah swt. Syirik sedemikian disebut syirik khafi
(syirik yang tidak disedari/tidak ketara). Tetapi syirik yang lebih besar atau
syirik jali/kabir ialah bertindak menyekutukan Allah swt secara terang-terangan
seperti mengamalkan fahaman komunis, menyembah berhala, menyatakan
Tuhan ada ibu bapa dan anak.
AKAL DAN TAQWA
ntara peringatan Allah swt kepada kita ialah semua manusia adalah
sama tetapi yang membezakan darjat/kedudukan atau maqamnya di
sisi-Nya ialah aspek taqwa. Firman Allah swt dalam
Surah Al-Hujuraat ayat 13 Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara
kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di sisi kamu
Erti taqwa ialah mengikuti suruhan Allah SWT dan takut melanggar
perintah-Nya. Sering taqwa dianggap sebagai takut. Misalnya, kita berhentikan
kereta ketika lampu trafik merah kerana takut disaman. Tetapi takut kita
kepada Allah swt tentulah jauh lebih hebat lagi takut kerana tidak mendapat
keberkahan-Nya di dunia, atau takut kerana mendapat seksa neraka. Jadi apa jua
perbuatan kita hendak kerana-Nya atau lillahi taala.
Dalam kehidupan murni atau sempurna seorang Muslim, sifat ikhlasnya
akan mendorongnya untuk melakukan apa jua kerana-Nya dari perkara yang
A
Ilmu Akhlak Bhg 1 13
kecil seperti beristinjak, mengangkat wuduk, solat sehingga perkara yang besar
seperti membela diri ketika diserang. Bagaimanakah kesedaran ini dapat
ditancapkan dalam akal manusia?
Sebelum itu, apa itu akal?
Sebenarnya sukar untuk membezakan apa itu hati dan akal. Sering ulama
menganggap kedua-duanya sama saja. Otak yang ada di kepala itu bukanlah
akal. Tetapi otak adalah organ untuk memproses data wadah daya peringatan.
Ada hadis terkenal menyebut bahawa dalam tubuh manusia ada seketul daging,
Dalam sebuah hadis Rasulullah saw pernah menyatakan Dalam diri anak
Adam itu ada segumpal darah, apabila ianya baik maka baiklah seluruh
anggotanya. Apabila ia rusak, maka akan rusaklah seluruh anggotanya. Itulah
dia hati.
Daging itu adalah hati? Apakah maksud hati ini dalam erti langsung iaitu hati
manusia (liver)? Hal ini akan kita bincangkan kelak.
Pokoknya, tanpa akal, tidak sah ibadah seorang Muslim. Salah satu syarat
pokok ibadat ialah berakal. Jika orang itu gila, maka ibadah tidak sah. Bahkan
jika dia membunuh kerana tidak berakal, perbuatannya boleh tidak dikira
jenayah.
Yang membezakan manusia dengan haiwan yang lain ialah kerana manusia
berakal. Haiwan pula bernaluri seperti makan, minum, kahwin dan sebagainya.
Sekiranya manusia tidak mampu memanfaatkan akalnya, maka ia diibaratkan
Allah swt sebagai haiwan, bahkan lebih buruk lagi darinya.
Ilmu Akhlak Bhg 1 14
Allah swt berfirman dalam Surah Al-Araf ayat 179 Mereka mempunyai
hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan
mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tandatanda
kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak
dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang
yang lalai.
Taqwa tidak akan teguh jika akal tidak disucikan atau tasfiah daripada sifatsifat
cela yang terdapat pada syaitan dan juga binatang (buas dan tidak
mengenal hubungan kelamin).
Contohnya: Seorang hartawan dikatakan bijak kerana berjaya mengumpul
harta walaupun dalam keadaan kemelesetan. Dari segi Tasauf, kebijaksanaan
orang ini hanya bersifat zahir. Ia tidak melambangkan taqwa.
Untuk meraih taqwa, hartawan itu hendaklah menyalurkan hartanya
sebagai sedekah dan zakat. Terlebih dulu, hartanya pula hendaklah diperolehi
dengan jalan yang halal.
SEMPURNA MENYELURUH
anusia Islam adalah insan yang menyeluruh atau kaffah . Ertinya
berkaitan rapat dengan konsep insan kamil atau manusia sempurna
yang telah dicapai oleh Rasulullah saw. Istilah kaffah atau keseluruhan
dalam mempraktikkan Islam telah diperintahkan oleh Allah swt dalam
firmannya
M
Ilmu Akhlak Bhg 1 15
Surah Al-Baqarah ayat 208 Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu
ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkahlangkah
syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.
Kaffah atau total person ini melihat segala usahanya untuk kebaikan sejati
seluruh alam. Kehadirannya menguntungkan semua pihak, termasuk sekitaran.
Dalam tindak tanduknya sebagai pemimpin negara, panglima perang, bapa,
suami, sahabat dan manusia biasa, Rasulullah saw memberikan contoh
bagaimana setiap usaha dilakukan untuk kebaikan menyeluruh. Oleh itu,
seseorang itu perlu menguasai ilmu dunia dan juga memiliki sifat-sifat mulia
secara batiniah dalam melakukan setiap pekerjaan agar mencapai hasil yang
sempurna.
Sebelum memperkenalkan sahabat kepada aspek solat sehingga haji, urusan
perang, urusan mentadbir negara, mengadakan hubungan diplomatik, bercucuk
tanam, amalan berdagang dan sebagainya, Nabi saw terlebih dulu menampilkan
sifat-sifat terpuji dalam batin para pengikutnya.
Sifat-sifat batin ini merupakan amalan Tasauf. Jadi, Tasauf bak kunci hati
atau jiwa (Arab: miftahus sudur). Allah swt mengingatkan manusia bahawa hati
manusia lebih keras daripada batu. Firman Allah swt dalam
Surah Al-Baqarah ayat 74 Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras
seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Jadi apabila kunci jiwa dapat
dimanfaatkan, hati akan lembut, tunduk kepada Khalik-nya dan mencapai darjat
atau taqwa.
Ilmu Akhlak Bhg 1 16
Dalam peristiwa Isra Miraj, aspek pembersihan hati yang dilalui oleh
Rasulullah saw iaitu hatinya dibedah dan dibersihkan dengan air zamzam oleh
Jibril as, kemudian diperkuat dengan ilmu, iman, kelembutan, makrifah.
Kesucian hati Baginda telah membawanya berjumpa dan berdialog dengan
Allah swt. Pada hal ketika Musa as minta untuk melihat Allah swt, hanya dengan
suara yang memuji Allah swt yang menghancurkan sebahagian gunung Tursina
itu sahaja telah mengakibatkan Musa as pengsan.
Sesungguhnya Tasauf adalah disiplin untuk hati tempat terletak ruh Islam.
Kelemahan umat Islam kerana ruhnya dan kita berkewajipan untuk
membersihkan ruh tadi untuk kembali semula ke jalan fitrah, jalan menuju
kepada Allah swt.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar