Ilmu Akhlak Bhg 3 1
KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD
ALAM memperkatakan ilmu, lazimnya dua perkara perlu diketahui iaitu
erti atau makna yang diperolehi daripada bahasa dan istilah. Aspek ini juga
disebut dalam bahasa Arab sebagai loghatan wastilahan
Demikianlah juga dalam rangka memahami makna Islam.
! Dari segi bahasa: Islam berasal dari kekata dasar salam iaitu
sejahtera dan berserah/pasrah.
! Dari segi istilah: Islam ialah ad-din atau cara hidup/agama;
mengikuti dan mematuhi apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad
saw dari segi zahir dan bathin.
Bagaimana pula kaitan Islam dengan amalan yang disebut zikr (juga dieja
zikir)?
! Dari segi bahasa: Zikr ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa
dengan menghadirkan hati atau sedar secara berterusan. Sifat lupa
(Arab : Nisian) merupakan kata dasar bahas insan (manusia). Oleh
itu manusia merupakan makhluk yang lupa.
! Dari segi istilah: Zikr menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan,
baik menyebut nama Allah atau sifatNya atau hukumNya atau
perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya
atau berbuat amal kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih,
memberi nasihat dan sebagainya.
Zikr juga membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut
nama-nama Allah yang mulia.
Ilmu Akhlak Bhg 3 2
Zikir dapat dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Adakalanya dengan
lisan, dengan hati, dengan anggota dan juga dengan ucapan yang jelas. Dengan
kesemuanya ini, seseorang dapat melaksanakan zikir itu dengan sempurna.
Dalam pengertian tasauf zikr memaparkan pelbagai pengertian:
1. sebutan atau lafaz seperti tahmid (alhamdulillah), tahlil (lailahaillah), takbir
(Allahuakbar), tamjid (kata-kata pujian kepada Allah), istighfar,
basmallah iaitu apa jua bentuk sebutan yang mengaitkan manusia dengan
Pencipta-nya (Khalik).
2. menyebut dengan lisan dan hati akan sifat-sifat daripada Sifat Allah seperti
Ar-Rahman (99 kesemuanya)
3. melaksanakan hukum daripada hukum Allah
4. melaksanakan perbutan daripada perbutan Allah
5. memberi penghormatan kepada para rasul dan aulia dalam bentuk solawat
dan salam
6. membaca Quran kerana isi keseluruhannya adalah zikir
7. puisi seperti syair (juga disebut syir) yang ada hubungan dengan Allah
seperti syair Jalalluddin Rumi, Mutannabi dll.
8. syarahan atau ceramah yang ada kaitan dengan memuja Allah
9. ibadah yang mengesakan Allah seperti zakat, puasa, haji.
PENGAMAL ZIKR
engamal zikr disebut zakir secara umum.
Namun perlu dibuat pembezaan antara pengamal zikr kerana ada ayat Quran
yang menyebut secara jelas proses berzikir yang dilakukan oleh individu lelaki
(zakir), sekumpulan lelaki (zakirun), individu perempuan (zakirat) dan
sekumpulan perempuan (zakiratun).
P
Ilmu Akhlak Bhg 3 3
Sesiapa juga orang Islam yang berakal, bersih diri dan jiwanya boleh berzikir
dengan tujuan mengagungkan Allah dan dalam rangka melaksanakan suruhan-
Nya dan menjauhi larangan-Nya (ammar maaruf nahi munkar).
Secara khusus zikr berlaku dalam tiga bentuk iaitu lisan (lidah), jinan (di
hati) dan anggota (gerakan atau harakah).
Berzikir dengan lisan adalah zikir yang dilaksanakan dengan pergerakan
lidah tanpa diikuti dengan kehadiran hati. Zikir ini termasuk zikir secara zahir.
Keutamaannya banyak sekali, seperti yang disebutkan dalam Al-Quran, Sunnah
dan Athar. Diantaranya, ada yang terikat dengan masa ataupun tempat dan ada
pula yang tidak.
Zikr juga terkait dalam tiga perkara:
! muqayat: kaitan masa (zaman) dan tempat (makan) seperti ketika
bersolat, melakukan tawaf dalam perlaksanaan haji, zikir sebelum
tidur, setelah bangun dari tidur, sebelum makan, setelah makan,
ketika menaiki kenderaan, zikir ketika pagi hari, petang dan
sebagainya.
! mutlaq: tiada kaitan masa dan tempat seperti menyebut subhanallah
bila-bila dan di mana jua.
! Munajat: zikr yang dilakukan dalam bentuk doa meminta kepada
Allah agar harapan seseorang dimakbulkan.
Dalam pengertian tasauf, zikir membawa dua kesan: pertama, kebaikan
(hasanah) dan juga darajat (peningkatkan taraf seseorang di sisi Allah).
Zikr demi kebaikan biasa berlaku dalam majlis tahlil atau ketika selepas
solat. Yang menjadikannya sebagai peningkatan darjat ialah apabila zikr
dilakukan dalam disiplin tasauf.
JALAN MENUJU ALLAH
Ubungan manusia dengan Penciptanya (habluminallah) merupakan
teras utama kehidupan. Menurut para ahli sufi, apabila tiada seorang H
Ilmu Akhlak Bhg 3 4
pun Muslim yang mengamalkan dan mengutamakan teras ini, maka bermulalah
Kiamat. Oleh itu, zikr merupakan antara cara mengisi teras ini.
Cara ini disebut mendekati (qarib) atau taqarrub. Apabila seorang insan
dekat kepada Khaliknya, ia akan merasa dan mengetahui akan Allah
(makrifatullah). Perjalanan mendekati Allah (suluk) ibarat membuka pintu
demi pintu (bab). Si pelaku atau murid tasauf itu dipanggil salik. Jelaslah
proses ini tidak dapat disamakan dengan bersatu dengan zat Allah yang
membawa maksud yang salah dari segi syariat. Hal ini ditegah sama sekali.
Sesungguhnya manusia tidak dapat menyamakan dirinya dengan Penciptanya.
Dari segi tasauf, ada empat bahagian zikr:
! Murasalah: zikr dengan lisan saja sebagai jalan permulaan
(bidayah)
! Muamalah: zikr dengan hati (qalb) dan lisan dalam rangka
suluk.
! Muasolah: zikir dengan lisan, qalb dan roh dalam rangka
menempati si pengamal (zakir) sebagai ahli qurrub (seorang yang
mendekatkan dirinya kepada Allah)
! Munazalah: zikir dengan lisan, qalb, roh dan sirr (rahsia dalam
lubuk hati yang tidak dapat dijangkau) dalam rangka
mendapatkan keredhaan Allah.
Di manakah hati atau qalb?
Dalam sepotong hadis, Rasulullah berpesan bahawa dalam tubuh manusia
ada seketul daging, yang jika ia baik, maka baiklah seluruh diri manusia itu
dan begitu pula sebaliknya. Daging itu dipanggil qalb atau hati.
Dalam tasauf, memang tiada penunjuk apakah hati (liver) itu qalb, tetapi ia
merupakan suatu yang dirasakan. Misalnya, manis limau tidak serupa manis
belimbing. Rasa itulah merupakan qalb. Namun ada saintis menyatakan bahawa
ada organ yang terselindung di balik perut. Organ tadi mempunyai jumlah saraf
Ilmu Akhlak Bhg 3 5
seakan-akan otak dan ia tampaknya menguasai seluruh tubuh. Dalam bahasa
Inggeris ia disebut gut (seperti ungkapan my gut feeling). Wallahualam.
Apakah pula sirr atau rahsia?
Sirr lebih abstrak daripada qalb. Ia merupakan rahsia yang tidak terucap
tetapi tersimpan di dalam lubuk qalb. Hanya Allah saja yang mengetahui sirr
sedang para malaikat (termasuk Rakib dan Atid yang mencatat segala perilaku
manusia) juga tidak mengetahuinya.
Dalam suluk, perjalanan salik akan membawanya mendekati Allah di dalam
sirr. Jika ini tercapai, ia merupakan satu pencapaian tertinggi dan amat luar
biasa. Ketika ini berlaku, murid atau salik tadi mengalami proses fana iaitu
peleburan ibarat kembali menjadi debu iaitu asal-muasal kejadian manusia.
Pada tahap inilah salik mengenal dirinya bak ungkapan terkenal:
Barangsiapa mengenali akan dirinya
Nescaya ia mengenali akan Tuhannya
[*Ungkapan ini disebut dalam banyak syair sufi seperti dalam syair Perahu
karya Hamzah Fansuri dari Aceh, pada abad ke-17 masehi)
Apabila seseorang itu telah mengenali Tuhannya, perjuangannya tidak lagi
bersendirian tetapi diiringi oleh Allah seperti halnya ketika para pejuang Islam
bertempur dalam Perang Badr. Allah menyebut bahawa segala panahan dan
gerakan lembing merupakan bantuan daripada-Nya.
Peringkat fana itu membawa murid atau salik dalam tahap ahlul fana, iaitu
peringkat tertinggi dalam amalan zikr.
FIKIR DAN ZIKIR
alam mencari kebenaran (haqiqat) kewujudan, manusia cuba
menggunakan rasio (akalnya). Kisah klasik ialah proses Ibrahim cuba
membezakan antara amalan nenek-moyangnya dengan keesaan Ilahi.
Ibrahim tertanya-tanya apakah berhala yang dibentuk oleh bapanya itu wajar
disembah, bukankah bintang, bulan dan matahari lebih hebat. Akhirnya Ibrahim
D
Ilmu Akhlak Bhg 3 6
mendapati bahawa semua itu tiada tandingannya dengan Allah yang
menciptaakan segalanya.
Namun proses Nabi Ibrahim mendapat makrifat (arif atau mengetahui zat
Allah) kerana adanya petunjuk daripada Allah. Jika tidak, Ibrahim akan tersesat.
Itulah sebabnya banyak ahli fikir yang tersesat iaitu daripada mencari kebenaran
hakiki iaitu Allah, ia tersadai kepada kesimpulan yang menafikan Pencipta
seperti halnya dengan Karl Marx, Charles Darwin, Bertrand Russel dll.
Dalam mengembangkan dakwah, Nabi Muhammad saw mengajar
pengikutnya agar berzikir iaitu mengingati bahawa adanya Allah. Hal ini terjadi
kepada Bilal ibn Abu Rabah yang diseksa oleh tuannya. Bilal tidak dapat
menjelaskan erti Allah, tetapi hanya tahu menyebut Ahad (Yang Satu/Esa)
sehinggalah nyawanya ditebus oleh Abu Bakar ra.
Jadi berzikirlah dulu, barulah kemudian berfikir.
KESAN ZIKR
ungguh besar kesan zikr. Sukar sekali menjelaskan faedahnya secara
perinci. Namun cukuplah digariskan di sini kesan-kesan itu adalah seperti
berikut :
Dalil-dalil dianjurkannya berzikir (Dari Al-Quran)
! Allah berfirman : Maka ingatlah kepadaKu, akan aku mengingat
kepadamu. (QS. Al Baqarah : 152)
! Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya
malam dan siang maka terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang
berakal,(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah ketika berdiri mahu pun
duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi. (QS. Al Imran: 190-191)
! Hai orang orang yang beriman berzikirlah kamu (dengan menyebut nama) Allah,
zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan
petang. (QS. Al Ahzab : 41-42)
! Laki laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah
menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (QS. Al Ahzab : 35)
S
Ilmu Akhlak Bhg 3 7
! (Yaitu orang-orang yang beriman maka hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram.(QS. Ar Radu : 28)
! Dan sebutlah (nama) Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di
waktu petang dan pagi hari. (QS Al Imram :41 )
! Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNya dengan penuh ketekunan.
(QS Al Muzammil : 8 )
! Sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. (QS Al Insan : 25)
! Dan sesungguhnya mengiingati Allah adalah lebih besar keutamaanya.
(QS Al Ankabuut : 45)
DALIL DARI SUNNAH
! Dari Abu Musa r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda :
Umpama orang yang mengingati Tuhannya dan orang yang tidak mengingati
Tuhannya ibarat orang yang hidup dan orang yang mati
! Sesungguhnya Allah memiliki sejumlah malaikat yang tugasnya hanya
berkeliling di jalan-jalan untuk mencari tempat-tempat bagi orang-orang yang berzikir. Dan
jika mereka melihat ada sekelompok orang yang berzikir, maka mereka memanggil kawankawanya
untuk mendatangai tempat itu. Maka Para malaikat turun ke langit dunia dengan
menaungi majlis zikir itu dengan sayap-sayap mereka. Sekembalinya, mereka ditanya oleh
Tuhan mereka padahal Dia Maha Mengetahui lebih dari meraka.
Tanya Allah :Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu Itu?
Jawab para malaikat : Mereka sedang bertasbih,bertakbir, bertahmid dan bertamjid
untukMu.
Tanya Allah : Apakah mereka pernah melihatAku?
Jawab para malaikat : Mereka belum pernah melihatMu.
Tanya Allah : Bagaimanakah kalau mereka pernah melihatKu.?
Jawab para malaikat : Kalau mereka pernah melihatMu,pasti mereka akan bertambah
banyak memujiMu.
Tanya Allah : Apa yang mereka minta?
Jawab para malaikat : Mereka meminta dimasukkan kedalam surgaMu.
Tanya Allah : Apakah mereka pernah melihat surgaKu?
Jawab para malaikat : Mereka belum pernah melihatnya.
Tanya Allah : Bagaimana kalau mereka pernah melihatnya?
Jawab para malaikat : Jika mereka pernah melihatnya tentu mereka akan lebih banyak
memintanya.
Tanya Allah : Dari apa mereka mohon perlindungan?
Jawab para malaikat : Mereka mohon perlindungan dari siksa api neraka.
Tanya Allah : Apakah mereka pernah melihatnya?
Jawab pada malaikat : Mereka belum pernah melihatnya.
Ilmu Akhlak Bhg 3 8
Tanya Allah : Bagaimana kalau mereka pernah melihatnya?
Jawab para malaikat : Jika mereka pernah melihatnya,pasti mereka akan lebih banyak
mohon perlindungan daripadanya.
Kata Allah : Ketahuilah dan saksikanlah bahwa Aku telah memberi ampunan kepada
mereka.
Kata seorang dari para malaikat : Di antara mereka ada seorang yang tidak ikut berzikir, ia
datang kerana ada suatu hajat.
Kata Allah : Orang-orang itu tidak akan membawa sengsara kepada kawan duduknya.
(HR Tirmidzi, Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Syahin)
! Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya
para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?
Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (HR Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,
AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)
! Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :
Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung ,
mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir
mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa (HR
Tirmidzi dan Thabrani)
! Abu Said Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :
Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah, sehingga orang orang mengatakan bahwa
kamu telah gila. (HR Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al
Baihaqi)
! Dari Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu,
paling meningkatkan kedudukan kamu,paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik
dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh
kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai
Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak banyaknya.
(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)
! Dari Muadz ibnu Jabal bahwasanya Rasulullah saw bersabda :
Tidak suatu amalan pun yang dikerjakan oleh anak Adam yang dapat menyelamatkan
dirinya dari siksa Allah yang melebihi daripada amalan zikir (kecuali dengan berzikir)
kepada Allah. Dalam riwayat lain disebutkan : Tanya mereka : Apakah berjihad di jalan
Allah tidak menyamai-nya, wahai Rasulullah? Sabda beliau : Tidak juga, kecuali jika
mereka yang berjuang berperang mati-matian sehingga senjatanya terputus-putus.(3 kali)
(HR. Thabrani di dalam Al Kabiir dan Al Ausat dan Ibnu Abi Syaibah)
Ilmu Akhlak Bhg 3 9
KEUTAMAAN BEZIKIR
# Dari Abu Hurairah ra, dari Abu Said Al Khudri ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
Tidak suatu kaum berzikir kepada Allah kecuali para malaikat akan mengelilingi mereka,
rahmat akan meliputi mereka, ketenangan akan turun kepada mereka,dan mereka akan disebut
sebut oleh Allah di antara para malaikat. (HR Muslim,Tirmidzi,Ahmad,Ibnu Majah)
#
Dari Ibnu Umar ra bahwa Nabi saw pernah menyampaikan hadis qudsi dari Tuhannya:
Seorang yang lebih sibuk berzikir kepadaKu dari memohon kepadaKu, maka Aku akan
memberikannya sesuatu yang lebih utama dari yang pernah diminta oleh para peminta. (HR
Bukhari,Al Bazzar, AL Baihaqi.)
#
Dari Abu Said Al Khudri ra, katanya :Rasulullah saw pernah menyampaikan hadis qudsi
dari Tuhannya: Seorang yang lebih sibuk membaca Al Quran dan berzikir dari minta
kepadaKu, maka Aku akan memberinya sesuatu yang lebih utama dari apa yang telah diminta
oleh para peminta. (HR.Ad Darimi,Tirmidzi,Al Baihaqi)
#
Dari Abu Said Al Khudri ra katanya : Nabi saw bersabda :
Di hari kiamat kelak Allah berfirman : Pada hari ini penduduk Mahsyar akan mengetahui,
siapakah orang-orang yang diberi kemuliaan? Tanya para sahabat : Wahai Rasulullah,
siapakah mereka? Sabda beliau : Mereka adalah orang-orang yang suka berzikir di masjidmasjid
(HR Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Hibban)
#
Dari Muawiyah ra katanya :
Nabi saw pernah mendatangi sekelompok sahabat yang sedang duduk di Masjid,seraya berkata :
Apa yang menyebabkan kamu duduk di sini? Jawab para sahabat : Kami duduk di sini untuk
berzikir dan memuji Allah. Sabda Nabi saw : Tadi Jibril datang kepadaku dan memberitahuku
bahwa Allah sangat berbangga dengan kamu di hadapan para malaikat. (HR Tirmidzi)
#
Dari Anas ra katanya : Nabi saw bersabda :
Tidak suatu kaum yang berkumpul dan berzikir kepada Allah kecuali ada seruan dari langit
yang mengatakan Berdirilah kamu kerana dosa-dosa kamu telah diampuni dan telah diganti
dengan banyak kebajikan. (HR Ahmad, Abu Yala dan Thabrani)
#
Dari Abu Razin Al Uqaili ra katanya :
Rasulullah saw pernah berkata kepadanya : Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang
dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat? Jawabnya : Ya
aku mahu. Sabda beliau : Andainya engkau menghadiri majlis majlis zikir, dan apabila
engkau bersendirian maka gerakkanlah lidahmu dengan berzikir kepada Allah.
Ilmu Akhlak Bhg 3 10
MANFAAT BERZIKIR
$ Berzikir mengusir dan menghancurkan setan
$ Berzikir menyebabkan Allah redha kepada yang berzikir
$ Berzikir menghilangkan kerisauan hati
$ Berzikir mendatangkan rasa senang di dalam hati
$ Berzikir meningkatkan potensi hati dan badan
$ Berzikir menambah cahaya pada wajah dan hati
$ Berzikir mandatangkan rezeki
$ Berzikir menambah wibawa pada peribadi yang gemar berzikir
$ Berzikir menyebabkan Allah cinta kepada yang selalu berzikir
$ Berzikir meningkatkan takarub kepada Tuhanya
$ Berzikir menambah rasa mawas diri sampai ia dapat masuk ke pintu
ihsan,sehingga ia dapat menyembah Allah dengan perasaan seolah-olah ia
sedang melihatNya.
$ Berzikir menambah rasa kembali kepada Allah
$ Berzikir membuka selebar-lebarnya pintu-pintu marifat
$ Berzikir menyebabkan Allah mengingat yang berzikir
$ Berzikir menghidupkan hati seseorang
$ Berzikir memberi makan kepada hati dan roh
$ Berzikir menambah kebersihan hati
$ Berzikir menggugurkan dosa-dosa
$ Berzikir menghilangkan rasa sepi
$ Berzikir menyelamatkan seorang dari siksa Allah
$ Berzikir menyebabkan turunnya ketenangan dan rahmat
$ Berzikir mendatangkan para malaikat di majlis-majlis zikir
$ Berzikir memberi rasa bahagia kepada yang berzikir
$ Berzikir memberi keamanan pada seorang di hari kiamat
$ Berzikir mendapat kurnia Allah yang lebih besar daripada kurnia yang
diberikan kepada orang-orang yang meminta
$ Berzikir merupakan ibadah yang paling ringan dan paling utama
$ Berzikir menambah tanaman di surga
$ Berzikir mendatangkan berbagai keutamaan bagi pelakunya
$ Berzikir menghindarkan seseorang itu daripada lupa yang dapat membawa
kesengsaraan di dunia dan di akhirat
$ Berzikir memberi cahaya bagi pelakunya ketika di dunia dan ketika di
dalam kuburnya.
$ Berzikir membangunkan hati daripada lalai
$ Berzikir membuahkan pengetahuan pengetahuan yang berguna
$ Berzikir menyebabkan kebersamaan antara pelakunya dengan Tuhanya.
$ Berzikir menyamai dengan membebaskan kaum budak dan menafkahkan
harta.
$ Berzikir merupakan puncak syukur kepada Allah.
$ Berzikir melunakkan kekerasan hati
$ Berzikir mendatangkan anugerah dan mencegah malapetaka
$ Berzikir menyebabkan Allah dan para malaikatNya berselawat atas
pelakunya.
$ Berzikir menyebabkan Allah membanggakan pelakunya di depan malaikat
$ Seorang yang gemar berzikir dapat masuk surga sambil ketawa
Ilmu Akhlak Bhg 3 11
$ Berzikir memberi potensi untuk taat
$ Berzikir memberi potensi dan kemahuan keras
$ Gedung-gedung di surga terus dibangun selama seorang itu masih berzikir
$ Berzikir menyebabkan para malaikat memohonkan ampun bagi pelakunya
$ Berzikir menyebabkan gunung-gunung dan lembah-lembah bergembira
$ Memperbanyak zikir menyebabkan terjauh daripada sifat munafik
$ Berzikir menyebabkan rasa lazat di hati pelakunya, kerana itu majlis-majlis
zikir disebut kebun-kebun surga
$ Berzikir di jalan di rumah di waktu bepergian maupun di waktu menetap
akan menjadi saksi bagi pelakunya di hari kiamat
$ Pelaku zikir diberi wajah yang cerah ketika di dunia dan diberi cahaya
ketika di akhirat
$ Berzikir menyebabkan Allah mengakui keimanan seorang hanba
$ Berzikir menyebabkan seorang mendapat keuntungan berlimpah-limpah
$ Berzikir di waktu senang menyebabkan Allah memperhatikan pelakunya di
kala susah
$ Berzikir menyembuhkan hati yang sakit
Proses zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb, mendekatkan diri
kepada Allah, membentuk semangat persaudaraan Islam, membersihkan dosa,
mengikis sifat cela dan membina sifat terpuji.
Hadis menyebut 53 kebaikan (hasanah) zikr.
Namun apakah sebutan zikr yang paling mulia?
Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah apakah cara paling mulia,
mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Nabi saw
menyebut kalimat lailahaillah kerana tiang arasy dan segala ciptaan Allah
terdiri atas kalimah ini. Para ahli hadis/sufi menyatakan apabila kalimah ini
tidak sebutkan lagi oleh orang Islam, maka bermulalah kiamat. Daripada Saidina
Ali, maka bermulalah segala amalan sufi. Ini memandangkan kedudukan Ali ra
sebagai pintu kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad saw.
Kalimah lailahaillah mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau
segala pujian kepada Allah SWT.
Berzikr akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secara semulajadi.
Hal ini sukar dijelaskan. Dalam tasauf, harakah ini disusun begitu rupa sehingga
menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar